Luahan Hati (( SEBAB LU KAYA!!..))

December 27, 2008

Forwarded e-mail,

Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang…rumah juta-juta…Harta juta-juta…buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la….sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?…Atau memang taknak campur dengan masyarakat?…Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak…rumah juta-juta…harta juta-juta…tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?…Sebab apa?…

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang…sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan…ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???… Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard….Sebab apa?…

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk…nak tengok-tengok lu orang…tapi lu maki apehal?…Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat…tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang…ada lu pikir pasal TUHAN???…Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!…nak cakap b**doh tapi jadi menteri…tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta…lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?…Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!…ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT…yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???…Itu tanah persendirian…lantak lu la nak buat rumah…tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat…ada yang lagi Maha Kaya….ada yang lagi Maha Besar…


Harga minyak jatuh AS$49.91 setong

November 21, 2008
SEORANG pekerja mengira wang di sebuah stesen minyak di Tirana semalam.

SEORANG pekerja mengira wang di sebuah stesen minyak di Tirana semalam.

LONDON – Harga minyak menjunam di bawah paras AS$50 setong (RM181.16) semalam ketika pasaran kewangan dibayangi ketidakyakinan terhadap ekonomi dunia dan peningkatan petunjuk bahawa permintaan untuk minyak semakin menurun.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh AS$3.71 (RM13.45) kepada AS$49.91 (RM180.85) setong menjelang akhir dagangan iaitu harga terendah sejak Januari 2007.

Di London, harga minyak mentah jenis Brent turut susut sebanyak AS$3.10 (RM11.23) kepada AS$48.62 (RM176.15) setong.

Ketika kelembapan ekonomi memusnahkan permintaan terhadap minyak, syarikat-syarikat minyak merancang untuk menyimpan stok berjuta-juta tong minyak mentah dengan harapan ekonomi dunia akan pulih.

Broker-broker perkapalan berkata, pedagang minyak AS, Koch dan Royal Dutch Shell menempah sejumlah kapal tangki gergasi berupaya menyimpan 10 juta tong minyak mentah, lebih banyak daripada pengeluaran harian oleh Arab Saudi.

Harga minyak jatuh kira-kira dua pertiga sejak mencatat rekod Julai lepas dengan didagangkan pada AS$147 (RM532.64) setong, sebahagiannya kesan keruntuhan kredit global yang menyebabkan para pelabur menarik balik wang mereka daripada aset-aset berisiko.

Kejatuhan harga minyak mencerminkan kelemahan pasaran ekuiti yang terus jatuh semalam apabila bursa-bursa Eropah menurun ke paras terendah sejak Mac 2003. – Reuters


Harga minyak RM1.85?

November 21, 2008

KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.

Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.

“Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.

“Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


Kongres AMK bincang peranan dalam k’jaan negeri

November 20, 2008

Penyertaan golongan muda dalam menentukan halatuju di lima buah negeri pimpinan Pakatan Rakyat dijangka diperdebatkan dalam kongres Angkatan Muda PKR (AMK) pada hujung bulan ini.

“Golongan muda harus diberi lebih peluang menentukan halajatuju, (kerana) sekarang kita sudah mentadbir negeri,” kata timbalan ketua peneranga AMK, Syamsul Hidayat Mohd Shariff.

Mengulas lanjut, beliau berkata, harus disediakan lebih banyak ruang dan peluang berdialog dengan kerajaan negeri.

Ditanya sama ada AMK bermaksud meminta kerajaan Pakatan memberikan kedudukan tertentu dalam kerajaan negeri pimpinan mereka, beliau berkata:

“Tidak semestinya kedudukan. Kita hendak ubah dasar (kerajaan dahulu), daripada (pengurusan sumber) pasir sampai pembangunan belia; kerana segala dasar yang diputuskan nanti, akan digerakkan oleh Pemuda Pakatan.”

Dihubungi Malaysiakini, beliau yang baru dilantik sebagai timbalan ketua penerangan AMK berkata, ucapan ketua mereka Shamsul Iskandar Md Akin dijangka menyarankan beberapa “pendekatan bekerja” setelah beroleh kemenangan besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Setelah menang di lima negeri, rakyat mendapat harapan baru. Kalau dulu kita beri harapan, sekarang kita hendak bekerja,” katanya.

Ahli AMK

Sehubungan itu, tambah Syamsul, AMK akan memfokuskan usaha melahirkan kumpulan kepimpinan pelapis di samping wakil rakyat muda yang telah sedia berkhidmat.

Kongres AMK dijadual diadakan di Stadium Melawati 28 November ini, sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan PKR yang akan berlangsung di tempat yang sama.

Membawa tema ‘Memimpin Harapan Rakyat’, kongres AMK itu dijangka dihadiri kira-kira 900 perwakilan dari seluruh negara. Kongres ini berlangsung serentak dengan kongres Wanita parti itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Fariz Musa pula berkata, pergerakan itu akan membawa usul supaya wanita muda PKR yang bawah umur 35 tahun, secara automatik dikira sebagai ahli AMK.

Cadangan itu, tegas beliau, bertujuan untuk menjadikan sayap utama PKR itu lebih berkesan.

Bagaimanapun, katanya lagi, penerimaan usul itu bergantung kepada perwakilan dan mesti diperdebatkan dulu kerana ianya melibatkan pindaan perlembagaan parti..

Beliau juga berkata, kongres AMK kali ini juga akan melihat tugas besar PKR mendampingi dua juta pengundi baru yang belum berdaftar dan terdiri daripada anak muda.

Dalam tempoh setahun selepas perhimpunan tahunan terbesar parti itu, Fariz berkata, golongan itu akan cuba didekati “supaya pilihanraya akan datang tidak menjadi masalah”.

Secara bergurau, beliau berkata, “mood kongres AMK kali ini lain sikit sebab tidak ada pemilihan”.


NOTIS KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2008

November 18, 2008

Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan 2008 akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 28 November 2008
Masa: 7.30 pagi
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Agenda Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan adalah seperti berikut:-
1) Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan.
2) Membentang dan mengesahkan Minit Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan 2007.
3) Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Angkatan Muda Keadilan berakhir 31
Disember 2007.
4) Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Angkatan Muda Keadilan berakhir 31
Disember 2007.
5) Perbahasan Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
6) Perbahasan usul.
7) Pemilihan 30 perwakilan Angkatan Muda Keadilan ke Kongres Nasional 2008.
8) Penggulungan dan penangguhan.

Kehadiran saudara dan saudari amat dialu-alukan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita dalam menyempurnakan tuntutan perlembagaan parti.
Selamat bersidang.

Yang menjalankan amanah,

Zulfikar Ali Ariffin
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


OH LELAKI >>>>> sambungannya OH UMNO…

November 15, 2008

UMNO….UMNO…..

Kalau UMNO turunkan harga minyak,
Juak UMNO kata : “lihatlah rakyat…kami kerajaan perihatin…”
Kalau Pakatan nak turunkan harga minyak,
Juak UMNO kata : “mereka tipu! Mana boleh turun! Negara akan bankrap!”

Kalau UMNO kasik elektrik free… (bawah RM20 lah),
Juak UMNO kata : “lihatlah dunia…kami membantu org miskin…”
Kalau Pakatan kasik air FREE 20meter/padu pada semua rakyat,
Juak UMNO kata : “mereka ni bodoh! Membazir! Pakatan rasuah rakyat!
p/s: bil elektrik free hanya dinikmati oleh pekerja asing Bangla,Nepal,Myanmar,Vietnam (sebab rumah mereka takder peti sejuk & tv)

Kalau pemimpin tinggi UMNO dituduh terbabit membunuh,
Presiden UMNO kata : “saya yakin dia tak bersalah, tidak mungkin dia buat macam tu…”
Kalau pemimpin tinggi Pakatan dituduh isu moral pulak,
Presiden UMNO kata : “biasalah…orang dituduh mesti menafikan…”

Kalau pemimpin UMNO dituduh blogger pembunuh,
UMNO kata : “kita tangkap itu blogger, itu orang fitnah…pengadu mesti ditangkap”
Kalau pemimpin Pakatan difitnah xxxxx…
UMNO kata: “kita tangkap itu Saipul sebab fitnah…eh tak, mana boleh tangkap, dia mangsa dia pengadu…kita tangkap itu Dato Seri…”

Kalau pilihanraya UMNO menang,
Juak UMNO kata : “rakyat menolak Pembangkang! BN sahaja yang mampu tadbir Negara!
Kalau Pakatan menang pulak,
Juak UMNO kata : “rakyat tertipu dakyah Pembangkang! BN amat demokrasi…”

Kalau UMNO buat demo kat Penang,
UMNO kata : “mereka berhimpun secara aman, demi bangsa Melayu & DEB”
Kalau Pakatan buat demo Bersih, Protes, Hindraf, mansuh ISA,
UMNO kata : “tindakan mereka tidak bertamadun, perhimpunan haram & ganas macam beruk”

Kalau UMNO hina Raja “natang” kat T’ganu,
Juak UMNO kata….eh ada kata apa-apa ker???mana ada kata apa…diam seribu bahasa,
Kalau DAP pertikai MB kat Perak,
UMNO kata : “mereka biadap! Derhaka pada Raja! Pohon ampun segera!”

Kalau UMNO naikkan Tarif Elektrik,
Menteri UMNO kata : “Elektrik guna petrol, petrol naik elektrik naik lah…”
Kalau Pakatan suruh turun tarif sebab harga minyak dah turun,
Dia kata pulak : “Elektrik pakai gas & arang batu…” ishh…sakit jiwa aku…
p/s: nanti kalau harga gas & arang batu turun, dia kata pulak, “elektrik pakai bateri kereta lah…”

tengah marah ni…banyak lagi nak tulis…
Insyaallah lain kali…

Salam Reformasi…


Menang Lagi….

November 15, 2008

PKR Menang satu ADUN di Sarawak ~ Malaysiakini

Gabrile Adit Adun BEBAS Ngemah akan masuk Parti Keadilan Rakyat. Satu upacara sambutan akan diadakan Sabtu ini.Pucuk pimpinan – PKR, DAP dan PAS – akan hadir dalam satu jamuan ‘ Sahabat PKR ‘ pada malam Sabtu yang sama ini di Sibu untuk meraikan kesampaian Adun baru ke dalam Pakatan Rakyat.Akan di rayakan sama ialah Dr. James Masing Salleh dan berapa ratus penyokongnya dari masyarakat Iban yang akan menjadi ahli PKR.

~ Tukar Tiub


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.