KG PLENTONG TENGAH , HARGA BARANG Dan MELAYU DIHINA LAGI

October 31, 2008

KG PLENTONG TENGAH

Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.

Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).

Lebih malang lagi penduduk dipaksa menandatangani akujanji unytuk tunduk pada kehendak mahkamah walau jauh disudut hati mereka menentang keputusan tersebut.Begitu malang sekali nasib insan-insan kecil dalam negara ini.Mereka menjadi umpama durian dengan mentimun.Duit hilang harta habis dan jiwa terus menjadi sengsara tanpa terkira.

Apalah malangnya nasib melayu di Plentong Tengah yang rata-rata selama ini menyokong UMNO.Sudahlah wang mereka sebagai rakyat kelas kedua disonglap, hari dengan kuasa mahkamah mereka dihalau keluar tanpa sedikit pun rasa hormat oleh pihak berkuasa.

Kebejatan sikap wakil rakyat dan Menteri Besar JOHOR JELAS KELIHATAN SEKARANG.Dengan kuasa yang diberikan penduduk Pelentong Tengah selepas PRU 12 lalu telah mengakibatkan diri mereka menjadi ayam daging,diberi makan hingga kenyang sebelum ditangkap kemudiannya untuk disembelih .

Janji demi janji pemerintah khususnya UMNO hanya manis dibibir saja.Penduduk cukup sengsara dengan tragedi ini.Mereka bagaikan buruan pemerintah tanpa mengenal sedikit pun makna kasih sayang diantara sesama manusia.

Penduduk Plentong Tengah adalah rakyat negara ini.Mereka adalah penyokong kuat UMNO.Mereka bukannya pelarian atau pun pendatang haram.Persoalannya mengapa pelarian boleh diberi perlindungan di negara ini dan mengapa pendatang haram yang menghuni tanah-tanah kerajan hingga membena banglow mewah di seluruh negara tidak dirobohkan rumah mereka tetapi rakyat sendiri diburu sedemikian rupa.

Pemerintah dilihat sebagai pengambil untung pada keperitan hidup rakyat. Melayu Pelentong Tengah perlu melihat ini sebagai sesuatu yang serious.Tidak ada gunanya berada dalam parti yang tidak boleh mempertahankan diri dan hak rakyat.

Saya menyarankan selepas tragedi ini, bukalah pintu hati tuan-tuan untuk mengikuti perjuangan kami menegakkan keadilan dalam negara.Ayuh bersama kami.Jangan membuang waktu lagi, nyahkan pemimpin-pemimpin palsu dari sangkar akal tuan-tuan.Lihatlah betapa kejamnya mereka.Meminta-minta untuk dapatkan kuasa,apabila telah berkuasa mereka menghina rakyat pula.

Kegagalan pemimpin pemerintah membela nasib rakyat sebenarnya mencerminkan kegagalan rakyat sendiri meletakkan pemimpin mereka.Penduduk Plentrong Tengah diminta membuka mata mereka sekarang.Jangan lagi berada didalam lena panjang.Jangan lagi dibuai minpi indak tentang UMNO.Humbankan UMNO dan sertai kami.

HARGA BARANG DAN SHAHRIL SAMAD.

Tindakan parti pemerintah menurunkan harga sejumlah 1200 barang-barang keperluan harian dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan cubaan menarik kembali rakyat untuk menyokong Barisan Nasional yang sedang dalam keadaan nazak sekarang.

Tindakan mengula-gulakan rakyat ini dijangka akan menjerumuskan ekonomi negara kearah lebih parah lagi kereana ketika ini dunia sedang menghadapi soal krisis makanan dan kejatuhan ekonomi keseluruhannya

Hairan bin ajaib ,hanya dengan turunnya harga minyak di pasaran dunia maka Malaysia berani menurunkan harga barang-barang makanan yang kebanyakannya diimport dari luar negara. Walhal sebelum ini parti pemerintah hebuh mencanang kononnya negara terpaksa mengimpot barangan makanan dengan harga tinggi kerana permintaan yang tinggi dari seluruh dunia sedangkan pengeluarannya begitu kurang.

Rakyat perlu bijak mempertikai soal ini. Kita bimbang apabila ekonomi dunia jatuh tempias krisis kewangan pasti dialami Malaysia.Dalam keadaan matawang Malaysia yang cukup kecil mengapa menteri begitu berani mencanang penurunan harga barang hingga 30 peratus.Tidakkah tindakkan ini memberi kesan nagetif terhadap ekonomi negara seluruhnya nanti.Pemerintah tidak seharusnya mengambil tindakan demikian hanya untuk menjadi popular.

Alangkah elok jika ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu harga barang-barang keperluan itu dikaji dan diturunkan sebagai lambang keprihatinan kepada rakyat..Bukanlah satu tindakan bijak menurunkan harga barangan keperluan ketika negara dan dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang membimbangkan.Tindakan ini pasti memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Ketika ini mungkin rakyat merasa beruntung dengan dasar yang berlaku sekarang.Tetapi sebagai rakyat yang bijak ini dilihat satu kesongsangan dilakukan Shahril Samad.Ianya hanya akan menjerut leher rakyat kemudiannya.

Saya cukup yakin tindakan ini akan menjunamkan lagi ekonomi rakyat dan negara.Percayalah rakyat akhirnya akan merasa terpedaya dengan permainan politik pemerintah.Mereka akan sedar bahawa selama ini mereka telah tertipu.KRISIS MAKANAN SEBENARNYA TIDAK MELANDA NEGARA.Tetapi pemerintah sengaja menangguk di air keroh dengan dakyah pemerintah selama ini.

Wahai rakyat Malaysia, bukalah minda anda dalam menganalisis politik negara.Sepak terajang pemerintah perlu dinilai sebijaknya.Jangan terus ditelan apa yang disuapkan pemerintah bimbang penuh racun berbisa.Jangan terus diluah apa yang disua pembangkan bimbang manusia terus sengsara.

MELAYU DIHINA LAGI

Sekali lagi bangsa melayu tanpa mengira ideologi parti dihina lagi apabila Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA menyaran supaya ekuti 30 % kepada bumiputera dihapuskan baru-baru ini

Siapalah Tiong Lai sehingga menganggap dirinya cukup besar untuk menganggu kehidupan dan hak ekonomi bumiputera.Saranan ini dilihat sebagai keterlaluan dan cubaan MCA merampas hak bumiputera secara berani dan terang.Inilah yang diimpikan oleh MCA selama ini.Mereka secara jelas mencabar bangsa melayu.

Malang sungguh nasib melayu kususnya dibawah pimpinan UMNO apabila ada pemimpin mereka asanggup melakukan sedemikian.Tidak ada langsung semangat perpaduan lagi di dalam Barisan Nasional. Setiap bangsa ada kuasa untuk menafikan hak bangsa lain.Bumiputera sekali lagi cuba ditikan dari belakang oleh pemimpin yang mereka pilih.

Kita cukup bimbang sekiranya ekuti 30% milik bumiputera itu terhapus maka kaum bumiputeralah yang akan hilang hak mereka kepada kaum lain.Kita tahu dengan hilangnya hak bumiputera ini pasti ada bangsa lain yang akan memonopolinya.Yang untung hanya tauke-tauke besar sedang yang rugi tetap bumiputera dalam negara ini.

Saranan Tiong Lai dilihat tidak lebih sebagai usaha menteri itu untuk menghina bumiputera.Lebih malang lagi ianya jelas menunjukkan sifat tamak haloba pemimpin MCA.Baginya milik bumiputera perlu dirampas kemudian menjadi milik bangsa lain. Tiong Lai seolah-olah menjadikan bumiputera negara ini seperti red-indian di Amerika.Dihalau ke hutan pendalaman dan orang putuh menguasai segalanya.

Berbeza dengan perjuangan kami dalam keadilan, kami kelihatan lebih matang untuk membangunkan ekonomi seluruh rakyat.Kami tidak melihat usaha memusnahkan ekonomi mana-mana bangsa dalam negara sebagai tindakan bijak.Malah KeAdilan sentiasa menyarankan supaya bangsa yang ketingalan ekonominya diberi peluang luas supaya mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Keadilan tidak akan sesekali merestui usul sedemikian.JANGAN AMBIL HAK ORANG LAIN UNTUK DIJADIKAN MILIK SENDIRI ! Kalau MCA tidak mampu lagi memberi manafaat kepada rakyat berundurlah dari politik negara.Jangan simbah hati rakyat dengan perancangan yang memusnahkan negara.

Inilah sebenarnya perjuangan perkauman MCA selama ini.MCA tidak sudah-sudah mahu menimbulkan kemarahan bangsa lain.Kali ini seorang Naib Presiden dari komponen BN telah menunjukkan apa sebenarnya perjuangan mereka.Penyokong BN perlu menilai tragedi ini dengan sematang-matangnya.Sesungguhnya perjuangan parti yang berasaskan perkauman pasti akhirnya menemui jalan buntu.

Bangkitlah rakyat Malaysia.Masa tidak langsung menanti kita tetapi kitalah sebenarnya yang perlu mengisi masa itusupaya hak masing-masing pihak tidak disalah gunakan.Pilihlah jalan keluar dan jangan lagi tinggal dalam parti yang diasaskan dengan nilai-nilai ras. Sekarang adalah masa sesuai untuk rakyat melahirkan pendirian bahawa kita semuanya mempunyai kedaulatan masing-masing untuk dipertahankan tanpa menghina satu sama lain.

http://johorpkr.wordpress.com/


Penduduk Plentong Tengah diberi peluang hingga 31 Dis

October 31, 2008

Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah akhirnya terpaksa berpindah selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menolak rayuan mereka untuk kekal di kawasan tersebut sehingga rumah mereka siap. Bagaimanapun pesuruhjaya kehakiman Datuk Hue Siew Kheng membenarkan lebih 2,000 orang tinggal di situ, sebuah perkampungan Melayu yang dibuka sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga 31 Disember ini.

Dua minggu lalu, syarikat pemaju Bukit Lenang Sdn Bhd mula menjalankan operasi merobohkan rumah-rumah di situ tetapi mendapat bantahan penduduk, aktivis dan ahli politik pembangkang.

Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS dan aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan polis lebih lapan jam kerana cuba menghalang peruntuhan rumah-rumah penduduk.”Saya telah membuat permohonan lisan dan merayu atas budi bicara hakim, jangan robohkan dahulu kerana ada tawaran daripada agensi kerajaan negeri Johor untuk menyediakan rumah transit di Taman Desa Mutiara,” kata Hassan Karim kepada Malaysiakini selepas keputusan itu.Beliau, yang bertindak sebagai peguam penduduk Plentong Tengah berkata, pihaknya memohon melanjutkan hingga tarikh berkenaan bagi membolehkan pemaju rumah sementara itu – yang terletak kira-kira 20 minit dari kampung tersebut – menyediakan prasarana termasuk elektrik dan air.

Penduduk kampung, jelas Hassan yang juga presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), bersetuju berpindah ke rumah pangsa tersebut setinggi lima tingkat. Terdapat 600 unit rumah di kawasan perumahan pangsa itu.Menurutnya, sekumpulan kecil penduduk membuat aku janji dengan peguam Bukit Lenang Sdn Bhd untuk keluar dari perkampungan itu menjelang 31 Disember ini.”Nampaknya mereka bersetuju dan ia direkodkan oleh mahkamah. Seramai 20 penduduk telah menandatangani aku janji tersebut,” tambah Hassan.Aku janji itu direkodkan oleh penolong pendaftar mahkamah Johor Bahru bertujuan mengelakkan berulang ketegangan baru antara penduduk dan pemaju, tambahnya.

Sementara itu, ketua Umno cawangan Kampung Baru Plentong Tengah, Mohd Shaari Mohd Sham akan mengadakan mesyuarat dengan penduduk bagi membincangkan langkah seterusnya setelah mahkamah menolak rayuan mereka.”Saya akan berbincang dengan penduduk kampung berhubung dua perkara. Pertama, pengurusan rumah transit dan kedua, pembangunan dan perkembangan penempatan baru di Bukit Dagang,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, mereka akan bermesyuarat pada malam ini atau pagi esok.Beliau juga merancang bertemu pegawai daerah Johor Bahru jam 11 pagi esok untuk mengetahui kemajuan pembinaan penempatan mereka di Bukit Dagang.

Ditanya bagaimana perasaan penduduk setelah mendengar keputusan rayuan mereka itu, beliau berkata:”Mereka menerima keputusan mahkamah dan mereka tidak kecewa jika hendak dibandingkan dengan tindakan perobohan yang begitu drastik (16 September).”Mengulas sama ada mencukupi jumlah rumah transit yang diberikan kepada lebih 300 keluarga, beliau berkata: “Mencukupi dan tak ada masalah.”


SELAMAT MENUNAIKAN HAJI

October 31, 2008

AMK Johor mendoakan kehadrat Ilahi agar semua bakal Jemaah Haji/Hajjah khususnya dari Negeri Johor agar mendapat Haji yang mabrur. Dimudahkan keberangkatan dan selamat kembali ke tanah air .
Jika terdapat dikalangan Ahli dan pendokong PKR amnya di Johor yang telah mendaftar untuk berangkat ke Mekah, sila hubungi AMK Johor. Kami bersedia meraikan mereka.

Salam kasih sayang Muslim

Bendahari AMK Johor
amkjohor@yahoo.com


SEKETERIAT ZON AMK JOHOR

October 30, 2008

Mesyuarat AMK Johor pada 26hb Oktober telah memutuskan Seketeriat Zon bagi menyusun dan melancarkan tumbangnya BN pada Pilihanraya akan datang. Ia seperti berikut :-

Zone 1
Pagoh, Bakri Muar, Pt. Sulong, Ledang, Segamat , Labis dan Sekijang
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Ledang

Zone 2
Sri Gading, Simpang Ranggam , Batu Pahat, Air Hitam dan Kluang
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Sri Gading

Zone 3
Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau dan Kulai
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Kulai

Zone 4
Gelang Patah, Pontian, Pulai dan Tanjung Piai
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Gelang Patah

Zone 5
Tenggara, Kota Tinggi , Semberong dan Penggerang
Ketua Seketeriat : Ketua AMK Pengerang

Harap maklum,

Setiausaha AMK Johor


KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA

October 29, 2008

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.
Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan dibatalkan. Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.

Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu beberapa orang AMK Johor hanya menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.
Penduduk telah telah ‘dalam terpaksa’ membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sia semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.


Jangan ‘buang’ perhormatan kepada ‘Datuk’ – YB Batu Caves

October 29, 2008

Suarakeadilan.com
Ahad, 26 Oktober 2008. “Pemberian anugerah atau takhta daripada sultan atau yang dipertua negeri yang membawa gelaran Datuk secara terlalu rambang mengakibatkan, akan hilang perhormatan kepada mereka yang memiliki gelaran tersebut,” tegas Adun Batu Caves, Amirudin Shari mengulas tindakan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood terkenal Shahrul Khan.

Katanya yang juga merupakan Exco AMK, sebenarnya seseorang tokoh yang berjasa telah dihormati oleh kalayak ramai, dan penganugerahan gelaran Datuk hanyalah untuk memperkuatkan lagi perkara tersebut.

Namun, jelas Amirudin, keadaan sudah terbalik dimana seseorang yang tidak berjasa atau popular melobi melalui politik untuk mendapatkan anugerah Datuk bagi membolehkan mereka menjadi terkenal.

“Dipercayai ada sesetengah golongan yang sanggup membayar sejumlah wang untuk memperolehi anugerah Datuk. Ini berlaku kerana dengan mempunyai gelaran Datuk mereka mudah untuk memperolehi kontrak atau tender kerajaan dalam sesuatu perniagaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.

Amirudin yang ditemui oleh Suara Keadilan Online ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, bersetuju 100% dengan desakan KeADILan supaya kriteria tentu perlua diwujudkan untuk bidang seni, perlancong, politik dan sebagainya bagi menilai kelayakan seseorang untuk dianugerahkan gelaran Datuk.


Terima Kasih Kepada Ketua Perhubungan Johor

October 29, 2008

AMK Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama KP Johor Dr Ahmad Faidhi ( Dr. N ) , AMK & Bahagian Simpang Ranggam yang berhemaspulas menjayakan Hari Terbuka Eidul Fitri AMK Johor pada 26 Oktober 2008 . Segala sumbangan berbentuk kewangan, tenaga dan gerak kerja amat kami terhutang budi.
AMK Johor amat terharu dengan perhatian menyeluruh dari KP Johor pada setiap aktiviti-aktiviti AMK Johor. Walaupun kami telah mendapat ‘Angpow’ bagi tugasan kami di Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lepas. Beliau mengumumkan pemberian ‘Angpow’ sekali lagi.
Demi perhubungan dan kesatuan lebih mantap Perhubungan dan AMK Johor beliau akan lebih memberi perhatian penuh kepada kami.
KP Johor juga bangga melihat kesatuan AMK Johor yang kian mantap dan mengumumkan berita ke-2 iaitu Pejabat AMK Johor serta segala bil air dan elektrik ditanggung peribadi oleh beliau.

Terima kasih

YB Amiruddin Shaari
Ketua AMK Johor


Pastikan Najib tidak jadi Perdana Menteri Malaysia

October 27, 2008

AMK Sri Gading menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan pimpinan Pakatan Rakyat bertindak segera dalam memastikan Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saranan ini juga selaras dengan peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Ketua Umum PKR dan Pemimpin Agung Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, AMK Sri Gading ingin menyeru dan merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat merealisasikan hasrat ini dengan memastikan Kerajaan BN tumbang sebelum Mac 2008, iaitu tarikh yang diwar-warkan sebagai peralihan kuasa daripada Abdullah Badawi kepada Najib Razak.

Najib, diketahui umum dengan moral yang begitu rendah, terlibat dalam pelbagai penyelewangan wang rakyat seperti skandal komisen kapal selam dan jet pejuang dan dikaitkan juga dengan kes pembunuhan wanita Mongolia (walaupun dinafikan dengan sumpah di Permatang Pauh sahaja!). Dengan skandal-skandal memalukan ini, rakyat Malaysia pasti akan dipandang hina dimata negara lain kerana berPM kan manusia seperti Najib.

Atas kesedaran ini, AMK Sri Gading sekali lagi merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar menyegerakan peralihan kuasa daripada kerajaan BN kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

AMK Johor akan menggerakkan jentera menuju sasaran dan objektif ini dalam bersama-sama Menuju Malaysia Baru!!

Reformasi! Reformasi! Reformasi!


Jamuan Aidilfitri 2008 Bahagian Sri Gading

October 25, 2008

Parti keAdILan Rakyat Bahagian Sri Gading dengan ini menjemput semua ahli-ahli keAdILan, hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri yang akan diadakan :-

Tarikh : 26-10-2008

Masa : 8.00 mlm

Tempat : Restoren Line Clear ( Depan Petronas Pt Raja)

keADILan Bahagian Sri Gading dan AMK Bahagian Sri Gading mengucapkan Selamat AIdilfitri Maaf Zahir Batin..

*datang….jgn tak datang yer……..


AMK Sri Gading Mengucapkan Happy Deepavali

October 25, 2008

AMK Sri Gading mengucapkan Happy Depavali kepada seluruh masyarkat Indian di Malaysia, khususnya kepada Masyarakat India di Negeri Johor….

Happy Deepavali…