Pendawaan keatas Anwar: Mahkamah tangguh, keputusan mungkin 7 November

November 1, 2008

[TERKINI]KUALA LUMPUR,31 OKTOBER (SK)- Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta, SM Komathy Suppiah, sekali lagi menangguhkan bagi membuat keputusan dan menetapkan 7 November bagi menentukan kesahihan sijil yang  ditandatangani Peguam Negara, Gani Patail bagi memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan  keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pada 10 September lalu, Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Ini berikutan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

adv_username = “keadilan”;
adv_gid = “keadilan_default”;
adtype = “468×60″;


Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor

November 1, 2008
AMK Johor dengan kerjasama urusetia  AMK Johor Bahru mempelawa semua warga Malaysia tanpa had umur untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor.
Maklumat kejohanan seperti berikut :-

1. Tarikh : 16hb Disember 2008 ( Ahad )
2. Tempat : Johor Bahru
3. Yuran Penyertaan : RM 50.00
4. Syarat khusus : Hanya seorang sahaja bekas pemain negeri / daerah boleh mewakili regu dan 5 tahun kebawah.
5. Pendaftaran sebelum 10 Dis. 2008
6. Hadiah : Johan RM 600.00 Naib Johan RM 400.00 Ketiga 200.00

Maklumat & Pendaftaran hubungi : En. Azlan (017 7418884) En. Zabidie (019 7564699)

Salam Keceriaan,
Zabidie Abbas
Timb. Ketua AMK  Johor
019 7564699