Keputusan Kes Anwar: Hakim berani boloskan diri dari memihak kerajaan

November 9, 2008

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER (SK) -  Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memperolehi kemenangan pusingan pertama disamping kemenangan moral hasil ketegasan dan keberanian keputusan yang dibuat oleh Hakim S. Komathy Suppiah yang mengekalkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saiful Izham Ramli, kecenderungan pihak kehakiman kita sepatutnya memboloskan diri mereka dari norma-norma yang mana banyak keputusan di mahkamah banyak memihak kepada kerajaan.

“Saya harap ini bukan sesuatu yang mahu menutup banyak tanda tanya tentang keputusan yang dibuat oleh mahkamah tentang isu bebasnya Razak Baginda dari tuduhan kes Altantunya.  Juga, tentang perlantikan Zaki sebagai Ketua Hakim Negara yang mana banyak hubungannya dengan Umno”, kata Saiful Izham.

Semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan keputusan kes perbicaraan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim diteruskan di mahkamah yang sama, dan sijil pindah kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Beliau berharap agar keputusan ini bukannya sesuatu yang bersifat sementara hanya untuk menutup isu rakyat serta beberapa isu rakyat.

Setiausaha Agong Pas, Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi pula menuntut agar kes ini berjalan dengan cepat agar tidak membuang wang dan masa rakyat.

“Saya berharap Jabatan Peguam Negara tidak membuang masa dan wang untuk melenggah-lengahkan lagi kes Anwar dan menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah serta jangan bangkit isu-isu yang bersifat teknikal”, tambah Tambah Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

Pemimpin kanan DAP Ronnie Liu juga melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang telah diputuskan oleh hakim yang berani.

Menurut beliau, keputusan semalam pada digusari akan memihak kepada Peguam Negara, namun setelah keputusan dibuat, kami sambut dengan baik.

“Pada mulanya kita rasa bimbang dengan adanya kemungkinan campurtangan keputusan yang akan dibuat oleh orang-orang yang tertentu.  Keputusan itu sudah tentu mengembirakan kami (DAP)”, kata Ronnie yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu.

Hakim SM Komathy Suppiah turut menetapkan pusingan kedua (pendengaran kes) perbicaraan Anwar Ibrahim bermula 14 November nanti.

Peguambela semalam berhujah Mahkamah Sesyen bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan kes diteruskan tanpa gangguan dari Gani Patail yang kini disiasat.

Gani Patail dituduh menyalahgunakan kuasanya dengan meminda bahan bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu.

Dari afidavit dan keterangan di mahkamah, Abdul Gani dituduh mengarahkan doktor yang merawat Anwar Ibrahim memfailkan laporan palsu berhubung kesihatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang dipukul sehingga separuh mati oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Abdul Rahim Noor.


Pembebasan Raja Petra: Kejayaan luar biasa, Syed Hamid wajar lepaskan jawatan

November 9, 2008

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER (SK) – Keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Raja Petra Kamarudin dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu keputusan yang diluar jangka.

Menurut bekas tahanan ISA, Saari Sungib adalah satu kejayaan luar biasa bagi rakyat Malaysia semalam apabila hakim membenarkan Raja Petra dibebaskan setelah Horbus Corpus.

“Adalah satu kejayaan luar biasa dalam perjuangan menghapuskan ISA, Raja Petra berja dibebaskan dan hakim pula menafikan

Saari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang berkata, dalam kes ini Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar haruslah melepaskan jawatan kerana tidak berwibawa dalam melaksanakan tugas dengan wibawa.

“Syed Hamid berhak melepaskan jawatan beliau sebagai menteri kerana beliau tidak berwibawa menjalan tugas,” katanya lagi.

Ujarnya kesilapan beliau menahan wartawan yang melindungi keselamatan wartawan beliau amat diragui.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertaraf antarabangssa, Amnesty International penggunaan ISA yang digunapakai dinegara ini dan menuntut agar kesemua tahanan ISA dibebaskan.

“Amnesty International meminta agar kerajaan membubarkan ISA dengan segera serta mendakwa dengan kesalahan dan membicarakan atau membebaskan kira-kira 60 orang yang masih lagi ditahan dibawah ISA” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam penghakiman semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau turut mengarahkan agar Raja Petra, yang ketika itu berada di Kem Tahanan Kamunting (Kemta), Taiping, yang ditahan sejak 12 September lepas, dibawa ke mahkamah sebelum pukul 4 petang semalam bagi urusan pembebasannya.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun dan boleh disambung bila-bila masa.

Para peguam yang mewakili Raja Petra adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah.

Raja Petra yang tiba dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di mahkamah lebih kurang jam 3 petang kelihatan tenang.

adv_username = “keadilan”;
adv_gid = “keadilan_default”;
adtype = “468×60″;


Himpunan Bersih malam ini

November 9, 2008

KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER (SK) – Bagi memperingati perhimpunan Bersih yang berjaya menghimpunkan hampir 50,000 rakyat Malaysia di ibu negara tahun lalu, malam ini satu perhimpunan akan diadakan bagi mengimbas kembali tuntutan rakyat bagi pilihan raya Bersih.

Malam ini, rakyat dijemput untuk menyertai himpunan ini,dengan nyalaan lilin himpunan akan diadakan di Padang AmCorp Mall, Petaling Jaya Selangor pada jam 9 malam ini.

Bersama-sama pemimpin parti politik dan NGO, himpunan ini seumpama ini seringkali diadakan disini bagi membantah mereka yang ditahan di bawak Akta Keselamatan Dalam Negeri yang zalim.

Dalam satu kenyataan, Bersih menekankan bahawa gesaan untuk reformasi pilihan raya seiring dengan pendirian kami dalam memansuhkan ISA dan tuntutan kami untuk kebebasan media ke arah Malaysia yang demokratik dan bebas.

Perhimpunan anti-ISA di Ipoh yang akan diadakan pada hari yang sama juga akan memperingati ulangtahun pertama perhimpunan aman BERSIH. Orang ramai digalakkan untuk menganjurkan acara nyalaan lilin di mana juga bagi ‘masa hadapan yang lecih cerah’.

adv_username = “keadilan”;
adv_gid = “keadilan_default”;
adtype = “468×60″;


‘Tiada aral melintang’, Najib presiden Umno ketujuh

November 9, 2008

KL: Nampaknya laluan bagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadi Presiden Umno dan sekali gus perdana menteri baru Malaysia pada Mac depan tidak akan menghadapi sebarang halangan.

Ini adalah kerana Timbalan Presiden Umno itu semalam mendapat pencalonan ke-133 bagi jawatan presiden parti itu pada lewat petang semalam.

Pencalonan yang terakhir dari bahagian Umno Cameron Highlands – sekali gus memberikan beliau kemenangan tanpa bertanding, demikian menurut laporan laman berita Malaysiakini semalam.

Setakat ini, sebanyak 134 daripada 191 bahagian Umno telah selesai bermesyuarat, termasuk bahagian Umno Gua Musang yang mencalonkan ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyaingi Datuk Seri Najib bagi jawatan presiden parti tersebut.

Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam parti itu setelah sedar bahawa sokongan baginya semakin berkurangan.

Beliau berikrar untuk mengalihkan kuasanya dalam Umno kepada Datuk Najib apabila parti itu mengadakan perhimpunan agungnya pada 24 Mac hingga 28 Mac depan.

Sementara itu, Umno bahagian Cameron Highlands juga mencalonkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia itu kini memperolehi 27 pencalonan.

Bagi calon naib presiden Umno pula, bahagian tersebut mencalonkan Menteri Luar Malaysia, Datuk Rais Yatim, bersama Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Khaled Nordin.

Dengan ini, kedudukan pencalonan bagi merebut jawatan naib presiden Umno setakat ini ialah:

Datuk Hishammuddin Hussein sebanyak 107 pencalonan; Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (76); Datuk Shafie Apdal (54); Datuk Khaled Nordin (59); dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon-calon lain ialah:

Datuk Rais (15); Tan Sri Isa Samad (18); Datuk Jamaluddin Jarjis (15); Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10); Datuk Shahidan Kassim (enam); Datuk Mohamad Hassan (tiga); Datuk Musa Aman (dua); serta Datuk Mohd Ali Rustam, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mohd Afifuddin Omar, dan Datuk Halimah Sadique (masing-masing dengan satu pencalonan). / BHS

Sekaligus menutup peluang Tengku Razaleigh yang hanya mampu mendapat satu pencalonan dari bahagiannya sendiri

Sekaligus menutup peluang Tengku Razaleigh yang hanya mampu mendapat satu pencalonan dari bahagiannya sendiri

Dapat pencalonan ke-133 lewat petang semalam

Dapat pencalonan ke-133 lewat petang semalam


PENUBUHAN BAHAGIAN SEKIJANG

November 9, 2008

AMK Johor mengucapkan tahniah diatas penubuhan Bahagian dan AMK Sekijang pada hari ini 08 November 2008. AMK Johor akan diwakili Ketua Seketiriat Zon Utara En. Mohd Azam Basri .
Dengan tertubuhnya AMK Sekijang ini sudah pasti akan memberi tentangan hebat kepada parti lawan. Maklumat lanjut sila hubungi :-

Mohd Azam Basri
Tel : 016 6954722


AMANAT SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PKR JOHOR

November 9, 2008
Biro Politik AMK Johor telah bertemu dan berbincang dengan Setiausaha Perhubungan PKR Johor En. Anuar Ali pada 04 Nov 2008 di Pontian. Beliau meyarankan :-
1. Perlunya AMK Johor menambah keahlian terutama kepada kuam india dan cina.
2. Sentiasa muzakarah dan membuat keputusan seiringan dengan perlembagaan PKR.
3. Memperhebat aktiviti kemasyarakatan.
4. Perlunya AMK memperbanyakkan hubugan dan program dengan PAS dan DAP.
5. Berganding bahu dengan Perhubungan Negeri setiap akiviti.
6. Perlunya menerima idea dan berkerjasama dengan ‘hard core’ PKR.

AMK Johor mengucapkan terima kasih kepada beliau diatas cadangan dan ‘guideline’ tersebut. Insyallah, Biro Politik AMK Johor beriltizam meneruskan usaha-usaha kearah kemantapan PKR Johor.

Mohd. Nazri Ismail
Setiausaha AMK Johor

Posted by PEMACU GEMILANG JOHOR