MB Johor bapa penggadai maruah bangsa? – KeADILan Johor

SEREMBAN, 27 Mei (Hrkh) – Perwakilan KeADILan Negeri Johor, Muhamad Abdullah menyifatkan Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Abdul Ghani Othman sebagai bapa penggadai maruah bangsa dengan mengaitkan kemelut dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Advertisement

–>

ImageDalam perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Kongres KeADILan di Seremban hari ini, wakil Johor menyatakan bahawa negeri tersebut akan menjadi semakin miskin berikutan sikap pemimpin kerajaan yang tidak mementingkan hak rakyat sebaliknya menggadai kepentingan Johor kepada negara jiran melalui WPI.

“Kepimpinan negeri Johor bapak penggadai maruah bangsa.KeADILan Johir dan Malaysia akan pasikan kepimpinan Umno Johor ini akan rebahkan pada pilihan raya umum akan datang, dan kita akan mencipta sejarah di Johor dengan panji saksama kembalikan hak rakyat yang telah dilarikan penyamun-penyamun terhormat,”katanya kepada perwakilan.

Ingatlah ungkapan sasterawan negara, Usman Awang “saudaraku Melayu Johor telah terlalu banyak kita kehilangan yang tinggal hanya baju, saudara sedaging hilang yang tinggal tulang sahaja”, katanya yang memetik ungkapan Usman Awang sebagai peringatan kepada rakyat Johor.

Justeru itu beliau menyokong kesungguhan ucapan dasar Presiden yang mahu keupayaan parti dijana dan pengaruh ditambah dari semasa ke semasa bagi mencapai kejayaan, katanya.

Ucapan wakil Johor itu disahut dengan tepukan gemuruh, malah penampilan beliau yang hanya memakai baju kolar bulat tanpa kolar berlambangkan lambang KeADILan menarik minat perwakilan hingga mendapat tepukan dari kepimpinan.

“Saya minta maaf kerana memakai baju ini, tetapi saya pakai baju ini yang saya pakai ketika berkemen di Ijok, dan dengan baju ini saya rasa bersemangat,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: