SEBARKAN : Keputusan Kes Azlina Jailani : 30 Mei 2007 (Rabu), Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan (Palace of Justice), Putrajaya.

Harap Dapat Sebarkan Berita  ini segera :

Untuk Masyarakat Kuala Lumpur, Solat Hajat akan diadakan di Masjid Kg, Baru, Kuala Lumpur selepas Isyak malam ini. Tuan-puan di Jemput Hadir.

Peguam Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Sdr. Zamri  telah menghadiri mesyuarat FRONT BERTINDAK ANTI-MURTAD  (FORKAD) dan PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA) di Anjung Rahmat malam tadi. Beberapa ketetapan telah dibuat berhubung Kes Azlina Jailani @ Lina Joy yang akan diputuskan pada esok hari 30 Mei 2007 di Mahkamah Persekutuan, Palace Of Justice, Putrajaya.

• Solat Hajat Seluruh Negara:


Seluruh umat Islam diseru untuk sama-sama mengerjakan Solat Hajat selepas Isyak di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara pada hari Selasa 29 Mei 2007 agar keputusan Mahkamah Persekutuan 30 Mei 2007 mengenai kes Azlina Jailani memihak kepada Islam. Pihak FORKAD & PEMBELA menggesa agar semua pihak yang prihatin tentang isu ini menyebarkan mesej ini & menggerakkan majlis solat hajat di tempat masing-masing. Kepada semua ahli PAS, DPPWP meminta agar program-program Solat Hajat ini dilakukan disemua pusat Tarbiyyah dan Markas-markas gerakan Pilihanraya serta mengajak orang ramai untuk turut hadir.

 

 • Tanda Keprihatinan:
Bagi wakil-wakil NGO, Parti Politik, Umat Islam dan ahli PAS yang akan menghadiri sidang mahkamah pada 30 Mei 2007 , tuan-puan dijemput hadir lebih awal iaitu bermula  jam 8:30 pagi bagi mengambil tempat untuk mendengar keputusan.

 

Kita berkumpul hari tersebut untuk mendengar keputusan kes Azlina Jailani oleh Mahkamah. Perhimpunan ini bagi menzahirkan keprihatinan kita terhadap masa depan Islam di negara kita. Ia tidak bertujuan menimbulkan permusuhan dengan mana-mana pihak, jauh sama sekali mencetuskan suasana ketegangan. Sebarang silap-laku dipihak umat Islam yang hadir akan digunakan untuk memburukkan imej Islam dan Umat Islam di Malaysia. Juga tidak mustahil bahawa ada pihak-pihak tertentu yang akan cuba mencetuskan provokasi dan ketegangan untuk tujuan yang sama.

 

Dengan latarbelakang tersebut, FORKAD & PEMBELA menyenaraikan garis panduan berikut untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama :

 

(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk. Sangat digalakkan berada dalam keadaan wudhuk dan mengisi waktu dengan munajat dan dzikruLlah.

 

(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan keutamaan untuk masuk ke ruang dalam  Mahkamah.

 

(c) Orang ramai diminta untuk berkumpul di luar perkarangan Mahkamah dengan aman.

 

(d) Laporan selari mengenai keadaan di Mahkamah akan diberikan dari masa ke semasa.

 

(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.

 

(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.

 

(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.

 

FORKAD & PEMBELA juga akan menugaskan beberapa orang wakil khas untuk membantu mengawal suasana selari dengan garis panduan di atas. Semua yang hadir diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

 

Ayuh!!! kita hadirkan diri beramai-ramai sebelum kita berangkat ke Kelantan untuk Bermuktamar. Inilah Muktamar kecil kita dan kehadiran tuan-puan amat penting pada esok hari.

 

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

Merangkap Pengerusi FORKAD Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: