Sehari Di Kelantan – Muslihat SPR, Krisis Korporat dan Potensi KeADILan Di Kelantan


Saya di Kota Bharu semalam untuk menyampaikan ucapan di Stadium Sultan Muhamad IV bersama Presiden PAS Ustaz Hadi Awang dan Dato’ Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Sambutan hebat sekali dengan puluhan ribu rakyat membanjiri stadium.Menyentuh SPR dan ugutan Dato’ Husam Musa untuk rakyat terjun ke jalanan Putrajaya, saya menyatakan seandainya SPR dan kerajaan Umno-bn meneruskan dengan penipuan, rakyat tidak diberi pilihan lain. Pengalaman negara jiran Thailand yang memenjarakan dua anggota SPR kerana bersubahat menipu proses pilihanraya lalu dan kini keputusan mahkamah mengharamkan parti bekas PM Thaksin harus dijadikan iktibar.

Saya telah mendedahkan muslihat Umno dan SPR yang merancang membawa masuk 40 ribu pengundi luar termasuk dari Thailand. Juga perancangan mereka mengawasi dengan strategi menipu di 70 kawasan parlimen yang mendapat cabaran kuat dari pembangkang.

Rasuah dan penipuan terus merebak. Saya sebutkan jangkaan saya mengenai krisis korporat bersabit penyelewengan di syarikat Transmile. Harga pasaran mula merudum dan ia menzahirkan corak pengurusan puak kroni yang tamak dan gelojoh. Ini pasti akan menjejaskan keyakinan pelabur. Apakah Suruhanjaya Sekuriti dan badan penyiasat lain akan bertindak? Walhasil balik asal.

Saya perlu menyebut perkembangan politik menarik yang sayugia dipadamkan dari media milik Umno-BN. Di sebelah petangnya, KeADILan Negeri Kelantan yang dipimpin olih Sdr. Nik Mahmood berjaya mengadakan majlis menghimpun bekas ketua dan ahli Umno sekitar Kota Bharu berjumlah lebih 1800 orang. Saya mengucapkan syabas kpd Nik Yusuf, Amri, Ramli dan kawan-kawan. Saya mengulas mengapa penghijrahan kepada KeADILan amat mendesak bagi menyelamatkan bangsa dan negara.

ANWAR IBRAHIM

p/s petikan http://www.anwaribrahimblog.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: