Apa yang hendak dikatakan lagi?

Saya agak tertarik juga dengan berita kecil ‘Kontroversi bangunan di Batu Pahat’ dalam Suara Keadilan yang lalu.  Mengapa tidak? Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.  Di situlah dulu kami kanak-kanak sekampung selalu berkejar-kejaran atau bermain ‘perang’ menggunakan lastik dan peluru kulit duku!

Siapa sangka, kawasan yang suatu masa dulu pernah menyaksikan wujudnya sebuah sekolah swasta yang bernama Coronation High School kini sudah bertukar tangan serta peranannya. Di atas tapak itulah sekarang, berdirinya sebuah bangunan yang diberi nama ‘Orang-Orang Mall’ yang dikatakan kontroversial itu.

Saya bukan cuba hendak membuktikan bahawa kontroversi tersebut timbul kerana sebuah sekolah telah bertukar menjadi sebuah mall.  Siapapun tahu, dalam masyarakat sekarang, berapa orang sahaja yang peduli tentang siapa meroboh atau mendirikan apa dan untuk siapa – kecualilah kalau kepentingan atau kedudukan mereka benar-benar terjejas.

Lebih-lebih lagi, dengan perlindungan yang sedia ada (seperti undang-undang tidak adil, pihak berkuasa yang zalim, gangster dan sebagainya),  siapa berani campur tangan dalam urusan pemilik atau pemaju kaya menentukan cara yang mereka suka untuk meraih keuntungan yang sebanyak-banyaknya?

Sebab itulah, sehubungan dengan isu ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada beberapa orang wakil dari Umno bahagian Batu Pahat yang menganggotai Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).  Mereka, yang diketuai oleh Senator Mohd. Puad Zarkashi, telah meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis kerana membantah keputusan MPBP yang langsung tidak berani mengambil tindakan  tegas terhadap pihak Mall yang ternyata sengaja mengingkari pelan asalnya.

Tetapi, demi kepentingan diri sendiri,  tidak semua wakil Umno yang bersedia menghadapi ‘risiko’. Mereka lebih senang dan merasa selesa bersama-sama dengan jumlah ramai termasuk dari puak-puak MCA yang memang sudah tentu memihak kepada pemaju tersebut.

Inilah masalah dan akibatnya apabila kerajaan tempatan dianggotai semata-mata oleh mereka yang dianugerahkan kerusi melalui sistem perlantikan parti-parti dalam Barisan Nasional.  Ahli-ahli majlis ini bukan sahaja tidak dapat berkhidmat dengan baik serta bertanggungjawab, malahan mereka sentiasa pula terdedah kepada amalan-amalan korupsi.

Kini,  tidak sedikit penduduk Batu Pahat yang memendam rasa  benci dan marah terhadap pentadbiran MPBP.  Pengurusan mereka lemah, tidak efisien, dan sering kali pula menjolok mata.  Sungguh malang dan baik sekali;  kerana keadaan yang serupa itu berlaku di serata tanahair.

Dalam negeri Johor, Batu Pahat boleh dikatakan bandar yang paling pesat membangun selepas ibu negerinya.  Hampir semua bank pun ada.  Malahan,  semenjak akhir-akhir ini, Carrefour dan Batu Pahat Mall sudah mulai beroperasi.

Seperti yang dijangkakan, kedua-dua pasaraya tersebut tentunya terpaksa mematuhi segala macam prosedur dan peraturan.   Namun begitu, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Batu Pahat Mall masih belum lagi memperolehi sijil kelayakan menduduki bangunan (atau CF) daripada kerajaan tempatan.

Kalau benar demikian, bayangkan jika sebahagian daripada bangunan tersebut tiba-tiba runtuh, ataupun berlaku kebakaran ketika orang ramai sedang membeli-belah di sana.

Atau ditakdirkan pula, entah macam mana, high-tension wire yang melalui kawasan tempat meletak kereta di Carrefour putus lalu menimpa beratus-ratus buah kereta di bawahnya.   Siapakah yang harus bertanggungjawab?

Begitu jugalah, terminal feri di Minyak Beku yang khabarnya sudahpun memulakan operasinya tanpa CF.

Saya sangat keberatan untuk memepercayai semua kabar angin ini; dan saya juga mengharapkan semoga ianya tidak benar.  Tetapi, apa boleh buat?  Dalam keadaan di mana khabar angin seringkali lebih menepati kebenaran, saya sungguh curiga dan bimbang.

Malahan beberapa hari yang lalu, berdasarkan pada khabar angin juga, saya telah pergi menyusur ke sebahagian kuala sungai Batu Pahat.  Alangkah benarnya kahabar angin ini!

Saya terperanjat apabila melihat dengan mata kepala sendiri entah berapa luas kawasan bakau yang telah ditebang dan dimusnahkan begitu saja oleh individu-individu yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

Siapakah mereka itu sehinggakan tidak lut dek undang-undang?

Individu-individu tersebut bukan sahaja tamak dan tidak bertanggungjawab, malahan mereka adalah sebahagian daripada sindiket yang mempunyai hubungan kuat dengan kuasa politik dan wang.

Saya mengajak Senator Mohd Puad dan orang-orang lain yang sepertinya supaya kita sama-sama menginsafi dengan jujur dan seikhlas-ikhlasnya keadaan buruk yang sedang melanda masa depan negara dan keluarga kita.

Selain itu, apa yang hendak dikatakan lagi?

Syed Hamid Ali

Image

Khabar angin: Batu Pahat Mall masih belum lagi memperolehi sijil kelayakan menduduki bangunan(atau CF) daripada kerajaan tempatan.

Image

Khabar angin: Terminal feri di Minyak Beku sudahpun memulakan operasinya tanpa CF.

Image

Pokok kayu bakau ditebang sewenang-wenangnya di Kuala Sungai Batu Pahat.

 

http://johor.keadilanrakyat.org/index.php?option=com_content&task=view&id=42&Itemid=37

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: