Rakyat tidak mudah lupa

Mereka masih tidak pasti samada hari nasional ataupun hari merdeka,  samada yang ke-50 atau ke-44.  Tapi, yang sudah tentu ialah ‘kita’ (rakyat semua bangsa) akan mereka kerahkan lagi.

Ritual setiap tahunnya ialah mengibarkan jalur gemilang yang hampir menyerupai bendera Amerika itu.

Banyak orang percaya, sambutan kali ini akan menjadi yang terbesar dalam sejarah tanahair.  Saya katakan terbesar kerana negara ini memang sangat gah dengan segala yang ‘ter’ – terbesar, terpanjang, tertinggi, terbilang, terrrrr……

Sebelum pergi lebih lanjut, mungkin ada baiknya juga dijelaskan mengapa saya menggunakan tanda pengikat pada perkataan ‘kita’ di atas tadi.   Mudah saja: Saya tidak berhak, apa lagi berhasrat untuk mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, mengapa pula tidak menggunakan gantinama yang lain seperti ‘mereka’ (tanpa pengikat) umpamanya; bukankah itu lebih senang?

Ya, memang sangat senang.   Akantetapi, saya sengaja enggan berbuat demikian.   Saya mengharapkan, semoga bentuk asal yang digunakan itu akan lebih berkesan bagi menyampaikan maksud yang terpendam di hati.

Kita sudah lama maklum, setiap kali BN menyambut apa-apa perayaan atas nama kerajaan, mereka memboroskan tidak sedikit wang rakyat.    Ertinya, setiap kali klik berkuasanya mengadakan pesta besar-besaran, rakyatlah yang menanggung derita.

Bayangkan senario ini berlatarkan keadaan ekonomi negara dan kehidupan penduduk ramai yang semakin buruk dan meleset.   Oleh yang demikian, siapakah pula yang menanggung dosanya?

Sudah tentu, mereka adalah sekelompok kecil orang-orang Malaysia yang membolot kekayaan dan kekuasaan besar negara.  Kelompok inilah yang sering mahu memperalatkan rakyat semua bangsa termasuk anggota mereka sendiri dalam Umno atau BN.

Dari sudut inilah terletaknya mata rantai antara kita dengan mereka.

Kini, golongan elit tersebut sedang merancang pula untuk mengadakan pesta besar kemerdekaan bagi tahun ini.   Terlintaskah di kepala mereka tentang harga minyak dan barang-barang keperluan lain yang melambung tinggi?

Sedarkah mereka bahawa  rakyat mahukan kesejahteraan dan masa depan yang lebih sempurna, bukannya pemborosan?

Seandainya mereka masih belum insaf dan enggan pula diinsafkan tentang hakikat yang disebutkan itu, saya bimbang, perayaan kali ini akan menuju ke arah kecelakaan.

Saya ingin mengingatkan pihak yang berkuasa tentang apa yang pernah berlaku pada tahun 1974. Pada tahun itu, Barisan Nasional (BN) dibentuk untuk menggantikan Perikatan yang terdiri daripada MCA, MIC dan Umno.  Apa terjadi berikutnya?

Pilihanraya umum telah diadakan.  Seperti yang dijangka, BN mendapat kemenangan besar, lantas menghijack sambutan kemerdekaan tahun itu bagi tujuan kemenangan mereka.

Dalam kemabukan perayaan tersebut, mereka lupakan daratan.  Mereka  bertindak zalim dengan merobohkan rumah-rumah peneroka bandar di Tasik Utara yang tidak berapa jauh dari pusat bandar Johor Bahru.

Peristiwa di selatan tanahair itu tidak selesai dengan begitu sahaja selepas tunjuk perasaan dan beberapa orang pemimpin mereka ditangkap.  Ia telah mencetuskan banyak lagi kebangkitan rakyat yang lebih besar di seluruh negara.

Di Baling dan tempat-tempat yang berdekatan, kaum tani berarak menentang kemiskinan dan kelaparan.  Mereka menuntut supaya harga getah dinaikkan sewajarnya.  Kemarahan begitu meluap-luap hinggakan ubi kayu mereka naikkan di tiang bendera sebagai tanda protes!

Begitulah seterusnya.  Hampir di semua pusat pengajian tinggi, pelajar-pelajar turut berdemonstrasi.  Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh mereka turun ke jalan-jalanraya.

Di Singapura, perhimpunan berlaku di hadapan bangunan kedutaan Malaysia untuk menyatakan sokongan dan setiakawan terhadap perjuangan rakyat miskin.

Scara ringkas, begitulah keadaannya bersempena dengan sambutan kemerdekaan 32 tahun yang lalu selepas BN mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya.  Semua itu tinggal dalam kenangan.

Namun begitu, kebanyakan orang masih tidak lupa akan peristiwa-peristiwa bersejarah sebelum dan selepas  sambutan kemerdekaan tersebut.  Dan apakah ia akan berulang lagi berikutan pilihanraya umum kali ini?  Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.

Sementara itu,  rakyat tidak mudah lupa!

Image

Demonstrasi pelajar di Kuala Lumpur.

Image

Tunjuk perasaan di hadapan pejabat Menteri Besar Johor.

Image

Rakyat memperotes, Baling, 1974

Syed Hamid Ali

sumber : http://johor.keadilanrakyat.org/index.php?option=com_content&task=view&id=47&Itemid=37

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: