Sidang Media ESOK

SIDANG MEDIA: PEMBEBASAN ERIC CHIA & EZAM KELUAR PARTI
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan sidang media mingguan esok (28 Jun) berkenaan isu pembebasan Tan Sri Eric Chia daripada tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
Sidang media juga akan menyatakan pendirian parti terhadap tindakan keluar parti Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan Ezam Md Nor; serta hal-hal parti dan isu-isu semasa lain.

Setiausaha Agung Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan Tian Chua akan hadir dalam sidang media esok.

Berikut adalah butiran sidang media:

Tarikh:  28 Jun (Khamis)
Tempat:  Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Masa:  10.00 pagi

Para wartawan dan jurugambar dijemput ke Jamuan Teh Bersama Media pada jam 11 pagi yang menandakan pelancaran sidang akhbar mingguan yang dikelolakan oleh Biro Penerangan KeADILan pada setiap hari Khamis.

Tujuan sidang ahkbar mingguan diadakan adalah untuk mewujudkan ruang bagi media untuk bertanyakan soalan-soalan berkenaan perkembangan parti serta pendidrian parti berkenaan pelbagai isu semasa.

Diharapkan agar para wartawan/jurugambar dapat hadir untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Koordinator Media Ginie Lim 012-6693453.

Sekian, terima kasih.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: