Parti dan Perjuangan Terus Berkembang

PARTI DAN PERJUANGAN TERUS BERKEMBANG (DR SYED HUSIN ALI, Timbalan Presiden)

Parti Keadilan Rakyat mengucap terima kasih kepada sesiapa saja yang pernah memberi khidmat kepada Parti pada masa lalu, sungguhpun mereka kini mengisytiharkan keluar Parti. Kepada yang keluar, kami ucapkan Selamat Jalan dan berharap mereka mendapat apa yang mereka cari.

Kami tidak akan menyekat atau memujuk sesiapa yang memilih untuk keluar Parti. Tetapi dalam berbuat demikian mereka hendaklah ikhlas kepada diri sendiri.

Janganlah cuba memberi alasan-alasan yang mereka sendiri ketahui mengandungi unsur tidak benar bahkan dusta.

Sejarah menunjukkan dalam mana-mana parti dan perjuangan, pemimpin datang dan pemimpin pergi, akan tetapi parti dan perjuangan terus berkembang. Saya yakin keADILan akan hidup dan berkembang selagi ia berjuang teguh menegakkan cita-cita dan tujuannya,
seperti ditentukan sejarah dan dimetraikan dalam Perlembagaan Parti.

keADILan terus berpegang kepada perjuangan murni untuk menegakkan keadilan, demokrasi, kebenaran, ketelusan, pemerintahan bersih, perpaduan negara serta
kesejahteraan rakyat, dan menentang kezaliman, korupsi, kronisme, diskriminasi, dasar pecahbelah dan perintah, peningkatan jenayah serta keruntuhan moral.

Secara pribadi saya percaya penuh kepada pucuk pimpinan parti yang mulai tegas dan berpuas hati dengan urusan parti yang saya lihat tambah demokratik.

Kekurangan memang ada dan kami berusaha dengan tekad kuat untuk memperbaikinya, berasaskan semangat musyawarah, setiakawan dan perubahan. Kami berazam untuk memperkuat serta mengembangkan prinsip serta amalan kepedulian rakyat di kalangan ahli-ahli.
DR SYED HUSIN ALI

Timbalan Presiden

One Response to Parti dan Perjuangan Terus Berkembang

  1. adihamka says:

    tahniah atas kelahiran blog ini.
    semoga akan terus konsisten di dalam perjuangan,insyaAllah.

    Hidayat Saifudin

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: