Pasaraya Besar Mengaut Keuntungan

BATU PAHAT – Semenjak akhir-akhir ini, kehadiran beberapa buah pasaraya gergasi milik modal antarabangsa telah menyebabkan banyak pekedai kecil di sini mengadu mengalami banyak kerugian dan akan gulung tikar.

Apabila ditanya tentang masalah utama yang mereka hadapi, seorang peniaga runcit yang ditemui telah memberitahu,  “Kita macam ikan bilis, mereka macam jerung.  Macam mana (kita) boleh hidup?”

Mereka berkata sedemikian kerana kedai-kedai mereka tidak didatangi oleh pelanggan.

Image

Tanah rizab TNB dijadikan tempat letak kereta.

Selanjutnya, beliau mengibaratkan pasaraya gergasi yang tumbuh seperti cendawan di negara ini laksana pukat harimau.

“Dia kokot habis sampai ke dasar laut.  Para pelanggan tidak membeli barang di kedai-kedai kecil lagi kerana segalanya ada dijual di pasaraya besar

“Boleh dikatakan tidak ada benda yang tidak dijualnya.  Bahkan serbuk kari, perencah mi rebus, aji-no-moto dalam bungkus kecil pun ada”, tambahnya lagi.

Sementara itu, salah sebuah pusat perniagaan tersebut lebih beruntung lagi.  Ia tidak perlu membelanjakan berjuta-juga ringgit untuk membeli tanah lapang bagi menyediakan tempat letak kereta.

Pihak kerajaan tempatan di sini nampaknya langsung tidak ada halangan syarikat itu memanfaatkan tanah rizab TNB di bawah talian eletrik berkuasa tinggi bagi tujuannya.

Dalam hal ini, orang ramai bertanya di mana pula letaknya keselamatan awam?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: