Jenayah Kian Serius, Penguatkuasaan Terus Lemah

Semalam saya hadir sebentar bersama majlis anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor serta Suaram untuk membantah kadar peningkatan jenayah dalam negara.

Saya hadir sekitar satu jam sahaja untuk mendengar beberapa penjelasan termasuk wakil parti Gerakan dan jurucakap polis. Seperti biasa nada mereka defensif mempertahankan kewibawaan menteri dan polis dalam menangani isu yang kian mencemaskan.

Dalam ucapan singkat saya telah menekankan bahawa masalah jenayah telah sampai ke tahap membimbangkan. Hampir setiap keluarga mengalami masalah ragut, kecurian, rompakan. Kes rogol, pembunuhan dan lain-lain menggerunkan. banyak kes sepertimana yang dinyatakan dalam memo rakyat terutama di Johor tidak dilayani dan diselesaikan. Justeru rakyat terpaksa bertindak, seolah-olah kerana terhakis keyakinan terhadap institusi pemerintah.

Sambil mengucap tahniah kepada penganjur, saya syorkan agar perhimpunan diteruskan di setiap daerah. Hanya dengan kesedaran rakyat terhadap kegagalan institusi pemerintah, perubahan mungkin berlaku.

Saya menyebut juga pengalaman saya di Singapura dua hari lalu manakala media mendedahkan kadar jenayah serius di Johor. Kesannya ialah kebimbangan pelancong dan pelabur. Saya mengalu-alukan keberanian penganjur terutama pertubuhan Cina menyatakan sikap mereka.

Ini agak berbeda dengan kebanyakan NGO melayu termasuk badan belia yang terperangkap di bawah telunjuk Umno sehingga tidak punyai keberanian menyatakan hak mereka walaupun keselamatan anak isteri dan keluarga terjejas.

ANWAR IBRAHIM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: