Tokoh Thailand Membuat Kunjungan Hormat Ke Ketua KeADILan


Kuala Lumpur, 9 Julai – Sulak Sivaraksa, salah seorang pemimpin terbesar masyarakat madani di Thailand, juga selaku Direktor dan pengasas Yayasan Sathirakoses-Nagapradeepa telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seksyen 16, PJ semalam.

Beliau dikenali ramai melalui usaha beliau dalam mempromosikan beberapa inisiatif sosial, ekologi, ruhaniah (Buddhism) dan spiritual di Thailand. Di samping itu, beliau juga terkenal di kalangan masyarakat Barat selaku Bapa Pengasas INEB (Rangkaian Antarabangsa Penganut Buddha).

Dalam pertemuan antara Sulak dan Anwar, banyak yang telah dibincangkan termasuk usaha berterusan yang perlu digiatkan dalam merapatkan jurang antara Islam dan Buddha dalam konteks konflik di Selatan Thailand. Sulak merupakan salah seorang tokoh agama Buddha di Thailand yang prihatin dengan konflik di Selatan Thailand.

Pada awal tahun ini, beliau telah secara terbuka menolak cadangan untuk menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi Thailand dalam perlembagaan baru yang menjadi perbincangan ramai. Pada hemat beliau, cadangan tersebut jikalau dilaksanakan, mungkin akan mempersulitkan konflik Selatan Thailand.

Sulak juga telah menyampaikan buah tangan khas, dan kiriman salam mesra daripada Dalai Lama kepada Anwar. Anwar disertai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: