Pesawat Nuri Hilang Ketika Dalam Penerbangan Ke Kuantan

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Sebuah helikopter Nuri dari Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi yang membawa tiga anak kapal bersama tiga penumpang, hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 9.35 pagi, 10 minit setelah berlepas.

Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zulkifli Abdul Latif berkata ketika kejadian, helikopter itu dalam penerbangan ke Kuantan.

Berikutan itu, katanya, TUDM telah menubuhkan satu pasukan mencari dan menyelamat.

“Misi mencari dan menyelamat itu turut melibatkan pesawat-pesawat TUDM, Bomba dan Tentera Laut Diraja Malaysia dan gerakan darat dari Rejimen Askar Melayu Diraja serta Paskau (pasukan khas udara) TUDM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga pukul 6.30 petang ini, helikopter itu masih belum ditemui, bagaimanapun semua waris anak kapal dan penumpang telah dimaklumkan.

Sementara itu di KUANTAN, Polis Pahang telah diminta membantu TUDM mengesan lokasi helikopter yang hilang itu.

Ketua Polis negeri Datuk Ayob Mohamad berkata pihaknya mendapat panggilan daripada TUDM pada 2.30 petang meminta bantuan, bagaimanapun setakat ini mereka belum dapat mengesahkan sama ada helikopter berkenaan hilang di kawasan hutan di Bentong.

“Kami juga tidak boleh mengesahkan helikopter ini telah terhempas kerana kami hanya mendapat maklumat ia hilang,” katanya kepada pemberita di sini.

— BERNAMA

_srigading -Kerugian kepada pembelian satelit – satelit yang tidak menitikberatkan kepada aspek ketenteraan tapi lebih kepada pembelian satelit untuk menjana kepada hiburan semata – mata. Amat memalukan kerana satelit tersebut tidak dapat mengesan di mana kedudukan pesawat tersebut. Ataupun sudah ke “kerajaan langit” tajaan “ayah pin”?. Apabila keilmuan mengenai sesuatu perkara di zalimi atau pun tidak meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat nya, begini lah jadinya. Oleh itu, mari lah kita menyahut cadaran ke arah malaysia baru tajaan BARISAN ALTERNATIF!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: