Nathaniel dibebaskan, tetap semangat terus berjuang


bKUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) – Blogger yang juga penyelenggara laman web Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Nathaniel Tan atau Nat telah dibebaskan selepas jam 5 petang tadi, setelah ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini.

Beliau yang ditahan Jumaat lalu untuk siasatan atas dakwaan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut oleh para penyokong dan rakan-rakannya ketika dia keluar dari bangunan Bahagian Jenayah Siber, Bukit Aman di Kuala Lumpur.

aNat yang ditemui selepas penahanannya, berkata peristiwa tangkapan ini tidak akan sekali-kali melemahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan keadilan rakyat dan negara Malaysia yang disayanginya.

Mengulas layanan yang diterimanya sepanjang tempoh penahanan, Nat berkata beliau dilayan dengan baik dan pengalamannya tidaklah begitu teruk.

Sementara itu, Nat diarahkan untuk melaporkan diri di bahagian jenayah siber pada 31 Julai ini.

ImageBeliau yang juga setiausaha Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi Yayasan Masa Depan ditahan, Jumaat lalu di pejabatnya di Petaling Jaya untuk disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi 1972, berhubung satu komen dalam blognya yang mengaitkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd Johari Baharum dengan tuduhan rasuah.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditemui berkata, penahanan Nat merupakan satu penganiayaan terhadap seorang blogger.

Beliau berkata demikian, semasa menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penahanan blogger terbabit pagi tadi, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Guan Eng berkata, tindakan itu mengurangkan ruang di dalam internet dan menghalang blogger-blogger mengkritik ke atas kerajaan.

ImageTegasnya, rakyat Malaysia sekarang sudah ada negara polis, dan beliau tidak mahu negara polis juga terdapat di dalam internet khususnya untuk blog-blog.

Justeru, katanya penahanan Nat sebagai satu ancaman kepada blogger-blogger lain supaya tidak mengkritik kerajaan.

“DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA)untuk mengugut blogger-blogger, kami harap PM kalau beliau ingin terus memastikan satu suasana liberal bukan sahaja dari segi demokrasi tetapi untuk membanteras amalan rasuah adalah perlu menghentikan tindakan seperti ini, menggugurkan semua tuduhan-tuduhan di bawah akta OSA,” katanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: