NURI-ALFATIHAH untuk Ustaz Enjin dan rakan-rakan

a
GENTING HIGHLANDS, 17 Julai — Bangkai helikopter Nuri Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang sejak Jumaat lepas dijumpai di Gunung Bunga Buah, berhampiran Genting Sempah 1.24 tengah hari tadi oleh kumpulan pencarian darat, kata Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara DiRaja Malaysia Mejar Zulkiflee Abdul Latiff TUDM ,demikian laporan Bernama.

Kesemua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia terkorban dalam nahas helikopter Nuri, menurut kenyataan TUDM hari ini.

aPesawat Nuri dengan nombor pendaftaran M23-14 ini dipandu oleh juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof membawa bersama Sjn Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan untuk tugasan SAR ( Search and Rescue) “stand by  crew” apabila dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pukul 9.35 pagi Jumaat, kira-kira 10 minit setelah berlepas.

Penulis yang pernah bertugas di skuadron ke 10 TUDM KL sejak tahun 1995 hingga 2005 adalah bekas rakan setugas kepada 2 anggota krew kejuruteraan yang turut menjadi mangsa dalam kemalangan ini. Allahyarham LUK Saifulizam pernah bertugas dibawah seliaan penulis merupakan seorang anggota ketukangan Rangka Kapal Terbang (AirFrame) yang cukup dedekasi dengan tugas .

HSementara Allahyarham LUK Muhammad Ridzuan dari ketukangan Enjin adalah kenalan rapat penulis. Malah Alllahyarham LUK Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama panggilan “USTAZ ENJIN” ini pernah bermalam dirumah penulis. Mengimbau kenangan bersama Ustaz Enjin yang berkelulusan SPM dan 4 thanawi dari Sekolah Menengah Agama Raudhautul Ulum, Langgar Kedah,penulis cukup mesra dengan beliau. Kami bekerja dalam syift yang sama berbanding dengan Allayarham LUK Saifulizam yang bertugas berlainan syift dengan penulis waktu itu. Seorang yang tidak banyak cakap dan lebih banyak bekerja tanpa pernah merungut. Allahyarham Ustaz Enjin ini dikenali sebagai seorang juruteknik yang cukup berpengetahuan dalam jurusan ketukangannya dan sangat mengutamakan solat. Malah beliau akan mengajak sahabat- sahabat lain untuk sama- sama berjemaah di surau Krew Kejuruteraan No 10 Skuadron bila tiba waktu solat.

Sementara 4 orang lagi mangsa yang terlibat adalah anggota yang baru ditukarkan ke skuadron ini. Penulis tidak sempat bertemu mereka kerana penulis telah tamat dari perkhidmatan TUDM ketika mereka mula bertugas di  Skuadron ke 10 TUDM ini.

Daripada Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. Untuk kesemua PERWIRA NEGARA yang telah pergi meninggalkan kita, marilah bersama kita hadiahkan Al Fatihah . MOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KEATAS ROH MEREKA . AMIN

 

_srigading – alfatihah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: