Singapura beli bom canggih AS


SASARAN TEPAT: Anggota Skuadron 79 Tentera Udara
Amerika Syarikat, meletakkan bom kawalan jauh GBU-12
pada jet F-15, jenis sama yang
turut diminati Singapura.

Pemerolehan bahan letupan sebahagian pakej tingkat sistem pertahanan republik kecil

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat kelmarin bercadang untuk menjual sekurang-kurangnya 84 bom kawalan jauh bagi kegunaan jet pejuang F-15, lapor akhbar Washington Post semalam.

Bom canggih berkenaan yang membolehkan sasaran tepat, adalah sebahagian pakej rundingan pertahanan bernilai kira-kira AS$20 juta (RM68 juta).

Singapura mengemukakan hasratnya untuk membeli kira-kira 28 peluru berpandu Unit-10, peluru berpandu jenis 56 GBU-12 serta 126,000 kelopak peluru bulat 20 milimeter.

Republik kecil itu juga mahukan askarnya mendapat latihan di Amerika, termasuk membabitkan kemahiran mengendalikan kelengkapan tentera berkenaan.

“Singapura memerlukan senjata api terbabit untuk menyokong kekuatan jet pejuang F-15,” kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon dalam satu notis yang diperlukan bagi undang-undang untuk tujuan penjualan senjata.

Mengikut notis itu, penjualan bom canggih itu memberi kelebihan kepada Singapura yang juga sekutu dan penyokong kehadiran tentera Amerika di rantau Asia Pasifik.

“Ia memberi kelebihan pertahanan kepada Singapura selain mengelak kesan buruk akibat penggunaan bahan letupan jenis konvensional termasuk berasaskan graviti,” katanya.

Bahan letupan graviti adalah bom yang tidak dikawal secara jauh. Bom kawalan laser jenis GBU-10 dan GBU-12 dihasilkan firma terkemuka Lockheed Martin Corp dan Raytheon Co.

“Singapura juga mampu membangunkan misi pantas dan siap sedia, termasuk kumpulan anak kapal serba mahir pesawat F-15 Boeing Co yang membabitkan fasa terbaru latihan juruterbang di Amerika.”

Notis itu bagaimanapun bukan bermakna perjanjian muktamad sudah dicapai.

Ini disebabkan Kongres masih mempunyai kuasa untuk menolak cadangan jualan terbabit biarpun hakikatnya ia jarang berbuat demikian. – Reuters

FAKTA NOMBOR
Pakej rundingan pertahanan AS-Singapura

84 – Bom kawalan jauh
56 – Peluru berpandu jenis GBU-12
28 – Peluru berpandu Unit-10

sumber : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20070826103738/Article/Dunia_html

_srigading –  negara jiran memiliki senjata yang canggih bagi mempertahankan benteng negara mereka tetapi malaysia tidak memikirkan cara yang terbaik untuk membeli senjata yang sesuai.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: