Waspada Strategi Politik Murah Umno

Rakan-rakan pejuang khususnya pengunjung dipohon mengamati dua strategi utama Penerangan Umno dan Pemuda Umno yang pastinya menjadi teras kursus Biro Tatanegara menjelang pilihanraya umum nanti.

Pertama, dengan menonjolkan isu survival melayu melalui DEB, dan kononnya mendedahkan muslihat politik Anwar serta KeADILan yang akan menamatkan program ekonomi melayu tersebut. Saya ulangi gesaan supaya sdr/i membaca, menelaah dan membantu menyebarkan risalah “Agenda Ekonomi Malaysia: Pagasan Pembangunan”. Kita mencabar pimpinan Umno dan juak-juak mereka untuk menjawab secara rasional atau cuba menangkis fakta yang diketengahkan. Rakyat Malaysia khususnya melayu-bumiputera perlu didedahkan dengan maklumat sebenar, bagaimana khazanah negara dirompak dan amanah melayu-bumiputera dikhianati.

Kedua, pimpinan umno akan terus menaburkan fitnah jahat yang dilakukan selama hampir sepuluh tahun, mengaibkan peribadi saya dan keluarga. Ustaz dan imam mereka akan bersekongkol dengan gelagat qazaf. Dengan dana tauke judi mereka akan terus mengedar apa yang disebut sebgai “pengakuan” sukma dan lain-lain. Dalam pengakuan bersumpah Sukma di mahkamah dan Mahkamah Persekutuan kemudian menerima keterangan Sukma bahawa beliau ditelanjangi, didera, diugut dan dipaksa memberi keterangan palsu atas arahan polis penyiasat yang diketuai Musa Hassan.

Perasuah ternyata terdesak, namun kita harus terus waspada. Jika hukum Allah swt mengenai qazaf boleh dipermain, apa lagi nasib rakyat kerdil.

ANWAR IBRAHIM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: