Polis Guna Gas Pemedih Mata dan Meriam Air Untuk Menyuraikan Perhimpunan HINDRAF dengan Ganas

071125-hindraf-rally-007.jpg

Kuala Lumpur, 25 Nov – Polis menembak gas pemedih mata lebih kurang 30 kali disekitar British High Commission untuk menghalang lebih kurang 10,000 penyokong HINDRAF dari menyampaikan memorandum.

Menurut laporan Malaysiakini, satu lagi kumpulan yang berhimpun di KLCC, dimana pemimpin HINDRAF, P Uthayakumar telah memberi ucapan. Pehimpun juga disambut dengan gas pemedih mata dan air kimia setiap 10 minit. Ini menyebabkan mereka berundur, tapi berkumpul semula lagi.

Pada pukul 11 pagi, orang ramai bergerak dari KLCC ke kawasan berhampiran Suruhanjaya Tinggi British. Anggota polis anti-rusuhan FRU berkawal di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, di persimpangan berhampiran Ampang Park.

Setiap beberapa minit orang ramai dikejar oleh FRU dan gas pemedih mata ditembak berterus-terusan di sekitar Kuala Lumpur. Tindakan ganas polis dan kekerasan yang diguna dalam menyuraikan himpunan menyebabkan suasana menjadi amat tegang.

071125-hindraf-rally-018.jpg

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: