Gelombang KUNING di PEKAN PT RAJA

oleh : sri gading

Gelombang kuning tidak tertakluk kepada hari sabtu sahaja, oleh itu kami parti keadilan rakyat bhgn. sri gading telah turun ke pasar pagi pekan pt. raja. Pekan Pt. Raja sememangnya terkenal dengan masyarakat jawa begitu juga dengan masyarakat melayu yang berganding bahu untuk memakmurkan masyarakat. Golongan cina juga memainkan peranan untuk menjana ekonomi sekitar parit raja.

Aktiviti kami bermula jam 10.45 pagi disertai dengan 5 org yang komited dengan perjuangan parti keadilan di bahagian sri gading. Objektif kedatangan kami adalah untuk mengedar risalah – risalah tentang agenda ekonomi malaysia yang merupakan satu alternatif untuk memperbaiki kemunduran ekonomi yang sedia ada.

img_0110.jpg

Gambar menunjukkan sekitar pasar pagi di pekan pt. raja.

img_0112.jpg

Cikgu Ali sedang bertanyakan khabar dengan seorang sahabat lama yang merupakan juga sahabat perjuangan. Cikgu ali merupakan veteran perjuangan yang tidak mengenal erti putus asa walaupun usia sudah di mamah tahun. Bagi anak – anak muda contohi lah beliau.

Pengagihan risalah mendapat respon yang positif daripada pengunjung pasar serta peniaga – peniaga yang inginkan kepada perubahan untuk memacu kepada ekonomi yang lebih kukuh. Sepanjang penagihan risalah – risalah tidak mendapat sebarang kekacauan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

img_0111.jpg

Selama satu jam setengah kami berada di sana untuk mengagihkan risalah – risalah alternatif. Sebelum itu kami sempat mengunjungi kedai – kedai yang di miliki oleh golongan cina tempatan.

bersama tinghua

Saudara Rahman , Cikgu Ali dan pemilik restoran cina yang di kungjungi oleh kami.

Misi selamatkan malaysia tetap kami teruskan walaupun UMNO munculnya di johor. Sejarah tahun lalu pernah memenangkan pihak pembangkang di DUN Pt. Raja. Ingatkah kita semua? Setakat itu sahaja x-pdc kami… KAMI akan muncul lagi.. tunggu kedatangan kami.

UBAH SEBELUM PARAH!

UBAH DEMI MARUAH!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: