Tian: Orang ramai diminta jayakan program pada 9 dan 11 Disember

ORANG RAMAI diminta memberi sokongan dengan beramai-ramai menyertai tiga program utama untuk mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia anjuran badan-badan sedar masyarakat pada hari minggu ini dan awal minggu depan.

Program tersebut ialah perarakan peguam “Lawyers for Freedom of Assembly” yang bermula di kompleks membeli-belah Sogo pada 7.00 pagi pada hari Ahad 9 Disember manakala pada sebelah malam akan diadakan sokongan solidariti berbagai kaum kepada 31 orang tahanan Hindraf yang kini merengkok dilokap kerana dinafikan hak ikat jamin.

Sementara pada hari Selasa 11 Disember pula Gabungan Pilihanaya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat di Bangunan Parlimen bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Pengerusi SPR Abdul Rashid Rahman yang tamat perkhidmatan bulan ini.

Butir-butir lengkap program:

1. Perarakan peguam sempena hari hak asasi sedunia

Tarikh: 9 Disember (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Kompleks membeli-belah Sogo dan kemudian berarak ke Pasar Seni

2. Solidariti berbagai kaum untuk tahanan Hindraf

Tarikh: 9 Disember (Ahad)
Masa: 8 Malam
Tempat: Dataran Merdeka

3. Perhimpunan  Bersih bantah penyambungan khidmat Pengerusi SPR
Tarikh: 11 Disember (Selasa)
Masa: 10 Pagi
Tempat: Perkarangan Bangunan Parlimen

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: