DI PASAR PEKAN PARIT RAJA

Hari ini ( isnin 24/12/07 ) PKR bahagian Sri Gading menjalankan aktiviti penyebaran risalah BERSIH serta beberapa nashkah akhbar bahasa cina untuk tatapan masyarakat setempat. Aktiviti sebegini sememangnya merupakan aktiviti teras kepada PKR bahagian Sri Gading. Jam 10.00 pagi merupakan waktu permulaan kami untuk memulakan penyebaran di pasar pagi pekan parit raja. Kali ini aktiviti kami agak memberangsangkan terutama di kalangan penduduk serta peniaga yang ingin mengetahui APAKAH BERSIH? dan MENGAPA KAMI BERBAJU KUNING?.

Penyebaran risalah BERSIH memberi sedikit impak yang berkesan kerana adalah di kalangan sasaran bertanyakan bilakah undian akan di lakukan. Seolah – olah rakyat tidak sabar – sabar untuk menumbangkan tembok UMNO ( BN ) di johor di mana tempat kelahiran UMNO  tersebut. Ketakutan UMNO jelas kelihatan apabila penyebaran risalah kami telah  mendapat perhatian pihak Polis yang meronda kawasan pasar tersebut. Adakah kami takut atau risau untuk turun lagi minggu – minggu depan ?. Pastinya kami tidak risau atau takut kerana setiap perjuangan ada risikonya.

Berbalik kepada penduduk setempat , ada  di kalangan  penduduk  seolah – olah memberi respon yang positif dengan meminta beberapa lagi risalah untuk di berikan kepada teman – teman yang tidak hadir hari tersebut. Melayu, cina dan segelintir kaum india memberi kerjasama yang baik di dalam aktiviti kami ini. Golongan – golongan veteran UMNO yang kami jumpai seolah – olah merestui perjuangan ini yang tidak pernah ada dalam sejarah parit raja yang sememangnya kuat dengan kubu UMNO. Kenapa UMNO?. Tidak parti – parit lain yang juga menyumbangkan jasa mereka kepada rakyat.

Di samping penyebaran risalah – risalah BERSIH, kami juga memberi CD percuma kepada pengunjung dan peniaga untuk tatapan mereka ketika berada di rumah. Bagi mereka melihat gambar dan dengar penjelasan lagi selesa daripada pembacaan risalah. Kami menGASAK dengan pemberian CD  untuk menangkis tohmahan – tohmahan yang di lakukan oleh UMNO dengan diberikan mandat kepada Pemuda UMNO untuk sesi pengagihan CD fitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Penjelasan demi penjelasan telah kami lakukan sepanjang aktiviti tersebut sehingga terhenti kepenatan di usik dengan teguran seorang kakak yang mengatakan “dik, beri aje risalah tu jangan takut – takut”. Bukan kami takut, tapi kami keletihan atau erti lain kepenatan setelah hampir 2 jam bergerak. Sasaran golongan muda juga memberi tindak balas yang berkesan dengan ingin mengetahui apakah aktiviti yang kami lakukan. Agar aktiviti kami menjadi lonjakan paradigma kepada penduduk Parit Raja.

Aktiviti kami berakhir setelah waktu zohor, kami pulang dengan mendapat respon yang baik dan akan kami cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

UBAH SEBELUM PARAH!!!

UBAH DEMI MARUAH!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: