Mangsa ribut di Pekan Parit Raja

PKR Bahagian Sri Gading telah melawat mangsa – mangsa ribut yang berlaku pada isnin ( 31/3/08 ) yang lalu.

Kejadian yang berlaku pada sebelah lewat petang yang disertai dengan ujan selepas kejadian. Pada 3 April 2008 kami PKR bahagian sri gading telah menziarah mangsa – mangsa yang telah terlibat. Anggaran kos yang terlibat masih di dalam taksiran kami untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa.

dscn0833.jpg

Saudara Mansor mengatakan bahawa kejadian berlaku dengan sekelip mata. Tetapi tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Wakil rakyat Sri Gading telah turun padang selepas kejadian berlaku dan telah memberi sumbangan. Kedatangan kami sekadar menambahbaik sumbangan kepada mangsa – mangsa ribut. Antara kampung yang terlibat adalah Parit Samijan, Parit Bengkok, Parit Jelutong dan Parit Samion. Termasuk juga Kolej Tinggi Kemahiran Mara yang berada berdekatan dengan kampung – kampung tersebut.

dscn0847.jpg

Ibu tunggal Makcik Saadiah merupakan antara mangsa ribut yang terlibat. Kawasan parit Samijan melibatkan beberapa buah rumah. Walaupun zink – zink telah di gantikan dengan yang baru. Tetapi sumbangan tetap untuk mangsa ribut tersebut. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin menyumbang kepada mangsa – mangsa ribut boleh memasukkan wang ke akaun maybank2u 501589001920 ( Zainal Abidin Abdullah ) Bendahari PKR Bahagian Sri Gading.

One Response to Mangsa ribut di Pekan Parit Raja

  1. wilayahpembangunaniskandar says:

    tahniah semua sebab mampu wujudkan blog sebegini. bagus sebab bersifat tempatan. memang itu pun tanggungjawab kita yg utama iaitu kepada penduduk di kawasan yang kita duduk dulu. saya syorkan supaya diwar-warkan blog ni kepada ramai. tak kira apa cara sekalipun. biasanya yg paling mudah dan berkesan ialah ala komando. senyap2 dari mulut ke mulut.

    klu boleh tu bawak wireless notebook tunjuk kat wak-wak yg tengah mengeteh kat warong. atau ajar cara nak guna internet sebab majoriti org dah ada komputer dirumah. tapi bila dah ada internet tu komputer letak kat ruang tamu jgn letak dalam bilik. bahaya.

    boleh juga buat iklan pasal blog ni dan diedarkan di masjid2, kereta, pasar malam dsb. upload banyak lagi aktiviti dan peristiwa supaya org ramai tahu yang kita datang utk membantu. lagi best klu tunjuk gambar pakcik2 yg cerita diorang masuk dalam internet. jadikan tempat org salurkan aduan, masalah dsb. jika bukan org diseri gading yg tolong orang situ sape lgi yang nak tolong. good luck

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: