Jaga jaga Helah Dollah Menurunkan harga beras untuk meredakan marah rakyat

 Saya mendengar dengan meluat usaha Dollah menenangkan kemarahan rakyat dengan mengatakan Beras Siam import di kurangkan harga. Perkataan itu bukan keluar dari mulut Dollah tetapi kita tahu perkataan yang datang dari mulut ketua Bernas itu di campak oleh Dollah kedalam mulutnya.

Dengan tiba tiba tauke Bernas kata harga beras siam turun mendadak dan beras import bernas di turunkan serta merta.Tak ada ribut tak ada belalang di Thai tiba tiba harga beras turun.Poorah lah. Pi lah tipu orang lain. Jangan tipu orang kampong.

Dollah di minta jangan mempermainkan rakyat dan memperbodohkan rakyat lagi. Rakyat sudah tahu sandiwara mu. Adakah rakyat akan reda marah kerana beras import siam turun. Jangan memperkecilkan intelek kami Dollah.kalau TNB tak turunkan kadar pun rakyat akan turun ke jalan raya.

Kerajaan sekarang sudah mula nampak takut kepada protes rakyat berkaitan tindakan zalim kerajaan. Saya  merasakan protes  rakyat akan berterusan dan meningkat momentum. Rakyat ini kadang kadang macam mercedes lama. Bila dah panas kereta lumba pun dia potong.

Dollah mungkin akan guna kereta kebal untuk tembak rakyat  , anjing garang untuk gigit rakyat  atau  kuda untuk menyepak rakyat . Percayalah kereta kebal pun tidak dapat menyekat kemarahan rakyat. Jika Dollah menembak rakyat dengan kereta kebal , saya yakin se yakinnya , kerajaan Dollah akan tumbang dalam masa seminggu. Ini berlandaskan sejarah modern di negara lain. Mungkin Dollah rasa, Melayu ini sampai kiamat pun mandom tak bermaya. Dan mungkin Sharir dan Menteri lain pun anggap begitu. Sebab itu mereka boleh cakap lebih kurang saja dengan orang Melayu. Tapi ingat , kebangkitan rakyat tidak meletup bukan kerana rakyat itu penakut dan bacul tetapi rakyat belum pasti adakah kematian mereka di jalan raya berbaloi.

Dengar lah nasihat Dr Zeti gavernor Bank negara dalam berita tadi. Inflasi di jangka melebihi 5 percent pada tahun ini dan memuncak tertinggi pada suku pertama 2009. Mungkin Dollah mangkok kata, uuh, orang Melayu mana reti suku tahun pertama dan ramalan bank negara ini. Saya tidak mahu meramal panjang tetapi cukuplah dengan berandaian , kalau Melayu Indonesia bangkit meruntuh Suharto, mengapa Melayu malaysia tidak dapat membuat nya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: