Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!

Saya ingin mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel di sebuah stesen televisyen kelmarin.

apa ertinya subsidi petrol 060608Antaranya, Datuk Shahrir Samad yang menyatakan “rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak” kerana kerajaan membekalkan subsidi.

Pertama, subsidi dalam bentuk wang pos RM150 setahun bagi pengguna motosikal bawah 250cc dan RM625 setahun bagi kereta bawah 2000cc.

(Ingat: Wang ini hanya diperolehi sewaktu memperbaharui cukai jalan)

Ulasan saya: Mari kita buat kiraan berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

(i) Bagi motosikal bawah 250cc:

Subsidi setahun: RM150.00
Subsidi sebulan: RM12.50
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (motosikal EX5 class) lebih kurang 4 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja lebih kurang tiga hari. (Dalam kes saya ini, jarak rumah ke pejabat, 20km).

Jumlah wang  yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan)

= RM2.70 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM72 sebulan – RM12.50 (subsidi)
= RM59.50

Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan)
= RM1.92 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM59.50 – RM 51.20 = RM8.30 @ 16% sebulan.

(ii) Bagi kereta bawah 2000cc

Subsidi setahun: RM625.00
Subsidi sebulan: RM52.08
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (Kancil 660cc) lebih kurang 30 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja kira-kira lima hari (Dalam kes isteri saya, jarak rumah ke pejabat, 15km)

Jumlah wang  yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan):
= RM2.70 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari)
= RM324.00 – RM52.08 (subsidi)
= RM271.92

Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan):
= RM1.92 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari)
= RM178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM271.92 – RM230.40 = RM41.52 @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita menggunakan petrol, maka makin banyak lagilah jumlah kenaikan yang dirasai. Maknanya semakin jauh tempat bekerja seseorang, semakin banyak petrol digunakan dan semakin banyak lagilah peratusan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Sebenarnya, golongan yang untung akibat penstrukturan semula subsidi ini mereka yang tinggal dekat dengan tempat kerja atau pengguna minyak jarak dekat.

Masalahnya, bukan semua golongan berpendapatan rendah membuat perjalanan jarak dekat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

Contohnya di Klang, kebanyakan pekerja tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di bandar tersebut.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan kampung seperti Banting atau Kuala Selangor. Jadi penstrukturan semula subsidi akan membebankan golongan ini.

Kedua, ‘teori domino’ – kenaikan harga barangan lain akibat harga petrol – tidak akan berlaku kerana ia khususnya tepung, gula, beras sudah mendapat subsidi tertentu.

Ulasan saya: Skrip lama diulang tayang, daripada Datuk Mohd Shafie Apdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir semuanya berkata harga barangan lain tidak akan naik, tetapi realitinya lepas itu semua harga barang naik atas alasan kos pengangkutan meningkat!

Menteri bercakap berdegar-degar di media, menyatakan kerajaan akan memantau tetapi akhirnya pemantauan entah ke mana, tindakan entah ke mana, golongan yang sengsara tetap juga rakyat marhaen.

Ketiga, rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan menghadapi kenaikan harga minyak dunia.

Ulasan saya: Dari dulu, kini dan selamanya rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang membuat keputusan tidak pernah mengambil langkah berkorban demi rakyat.

Apa salahnya, dalam menghadapi kenaikan harga minyak, para menteri membuat keputusan memotong elaun wakil rakyat – misalnya 20 peratus – atau mengumumkan elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai.

Misalnya lagi, bentuk satu tabung khas hasil potongan elaun wakil-wakil rakyat dan menteri bagi menangani kenaikan harga minyak.

Sayangnya, tidak berlaku. Hanya rakyat disuruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN mendapat elaun itu, elaun ini, kereta percuma, minyak percuma, makan percuma, minum percuma, tuntutan (claim) sana, tuntutan sini.

Tidak cukup dengan semua itu, rembat lagi duit rakyat sana sini!

Bagaimana mereka meminta kita berkorban, padahal dia orang selaku pemimpin tidak menunjukkan yang dia orang mahu sama-sama berkorban.

Keempat, akhir sekali, mengubah gaya hidup rakyat (kenyataan ini bukan datang daripada Shahrir tetapi satu persatuan pengguna berpengaruh).

Mahu ubah bagaimana sebab harga semua barang naik, termasuk barangan asasi juga turut naik! Masakan harus sampai ke tahap perlu makan ubi kayu semula, kemudian memakai baju daripada kain guni?

Saya fikir, mereka yang kena mengubah gaya hidup bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, tetapi para menteri dan wakil rakyat khususnya BN.

Rakyat semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat di bumi sendiri. Kesimpulannya, lu pikirlah sendiri…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: