KG PLENTONG TENGAH , HARGA BARANG Dan MELAYU DIHINA LAGI

KG PLENTONG TENGAH

Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.

Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).

Lebih malang lagi penduduk dipaksa menandatangani akujanji unytuk tunduk pada kehendak mahkamah walau jauh disudut hati mereka menentang keputusan tersebut.Begitu malang sekali nasib insan-insan kecil dalam negara ini.Mereka menjadi umpama durian dengan mentimun.Duit hilang harta habis dan jiwa terus menjadi sengsara tanpa terkira.

Apalah malangnya nasib melayu di Plentong Tengah yang rata-rata selama ini menyokong UMNO.Sudahlah wang mereka sebagai rakyat kelas kedua disonglap, hari dengan kuasa mahkamah mereka dihalau keluar tanpa sedikit pun rasa hormat oleh pihak berkuasa.

Kebejatan sikap wakil rakyat dan Menteri Besar JOHOR JELAS KELIHATAN SEKARANG.Dengan kuasa yang diberikan penduduk Pelentong Tengah selepas PRU 12 lalu telah mengakibatkan diri mereka menjadi ayam daging,diberi makan hingga kenyang sebelum ditangkap kemudiannya untuk disembelih .

Janji demi janji pemerintah khususnya UMNO hanya manis dibibir saja.Penduduk cukup sengsara dengan tragedi ini.Mereka bagaikan buruan pemerintah tanpa mengenal sedikit pun makna kasih sayang diantara sesama manusia.

Penduduk Plentong Tengah adalah rakyat negara ini.Mereka adalah penyokong kuat UMNO.Mereka bukannya pelarian atau pun pendatang haram.Persoalannya mengapa pelarian boleh diberi perlindungan di negara ini dan mengapa pendatang haram yang menghuni tanah-tanah kerajan hingga membena banglow mewah di seluruh negara tidak dirobohkan rumah mereka tetapi rakyat sendiri diburu sedemikian rupa.

Pemerintah dilihat sebagai pengambil untung pada keperitan hidup rakyat. Melayu Pelentong Tengah perlu melihat ini sebagai sesuatu yang serious.Tidak ada gunanya berada dalam parti yang tidak boleh mempertahankan diri dan hak rakyat.

Saya menyarankan selepas tragedi ini, bukalah pintu hati tuan-tuan untuk mengikuti perjuangan kami menegakkan keadilan dalam negara.Ayuh bersama kami.Jangan membuang waktu lagi, nyahkan pemimpin-pemimpin palsu dari sangkar akal tuan-tuan.Lihatlah betapa kejamnya mereka.Meminta-minta untuk dapatkan kuasa,apabila telah berkuasa mereka menghina rakyat pula.

Kegagalan pemimpin pemerintah membela nasib rakyat sebenarnya mencerminkan kegagalan rakyat sendiri meletakkan pemimpin mereka.Penduduk Plentrong Tengah diminta membuka mata mereka sekarang.Jangan lagi berada didalam lena panjang.Jangan lagi dibuai minpi indak tentang UMNO.Humbankan UMNO dan sertai kami.

HARGA BARANG DAN SHAHRIL SAMAD.

Tindakan parti pemerintah menurunkan harga sejumlah 1200 barang-barang keperluan harian dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan cubaan menarik kembali rakyat untuk menyokong Barisan Nasional yang sedang dalam keadaan nazak sekarang.

Tindakan mengula-gulakan rakyat ini dijangka akan menjerumuskan ekonomi negara kearah lebih parah lagi kereana ketika ini dunia sedang menghadapi soal krisis makanan dan kejatuhan ekonomi keseluruhannya

Hairan bin ajaib ,hanya dengan turunnya harga minyak di pasaran dunia maka Malaysia berani menurunkan harga barang-barang makanan yang kebanyakannya diimport dari luar negara. Walhal sebelum ini parti pemerintah hebuh mencanang kononnya negara terpaksa mengimpot barangan makanan dengan harga tinggi kerana permintaan yang tinggi dari seluruh dunia sedangkan pengeluarannya begitu kurang.

Rakyat perlu bijak mempertikai soal ini. Kita bimbang apabila ekonomi dunia jatuh tempias krisis kewangan pasti dialami Malaysia.Dalam keadaan matawang Malaysia yang cukup kecil mengapa menteri begitu berani mencanang penurunan harga barang hingga 30 peratus.Tidakkah tindakkan ini memberi kesan nagetif terhadap ekonomi negara seluruhnya nanti.Pemerintah tidak seharusnya mengambil tindakan demikian hanya untuk menjadi popular.

Alangkah elok jika ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu harga barang-barang keperluan itu dikaji dan diturunkan sebagai lambang keprihatinan kepada rakyat..Bukanlah satu tindakan bijak menurunkan harga barangan keperluan ketika negara dan dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang membimbangkan.Tindakan ini pasti memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Ketika ini mungkin rakyat merasa beruntung dengan dasar yang berlaku sekarang.Tetapi sebagai rakyat yang bijak ini dilihat satu kesongsangan dilakukan Shahril Samad.Ianya hanya akan menjerut leher rakyat kemudiannya.

Saya cukup yakin tindakan ini akan menjunamkan lagi ekonomi rakyat dan negara.Percayalah rakyat akhirnya akan merasa terpedaya dengan permainan politik pemerintah.Mereka akan sedar bahawa selama ini mereka telah tertipu.KRISIS MAKANAN SEBENARNYA TIDAK MELANDA NEGARA.Tetapi pemerintah sengaja menangguk di air keroh dengan dakyah pemerintah selama ini.

Wahai rakyat Malaysia, bukalah minda anda dalam menganalisis politik negara.Sepak terajang pemerintah perlu dinilai sebijaknya.Jangan terus ditelan apa yang disuapkan pemerintah bimbang penuh racun berbisa.Jangan terus diluah apa yang disua pembangkan bimbang manusia terus sengsara.

MELAYU DIHINA LAGI

Sekali lagi bangsa melayu tanpa mengira ideologi parti dihina lagi apabila Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA menyaran supaya ekuti 30 % kepada bumiputera dihapuskan baru-baru ini

Siapalah Tiong Lai sehingga menganggap dirinya cukup besar untuk menganggu kehidupan dan hak ekonomi bumiputera.Saranan ini dilihat sebagai keterlaluan dan cubaan MCA merampas hak bumiputera secara berani dan terang.Inilah yang diimpikan oleh MCA selama ini.Mereka secara jelas mencabar bangsa melayu.

Malang sungguh nasib melayu kususnya dibawah pimpinan UMNO apabila ada pemimpin mereka asanggup melakukan sedemikian.Tidak ada langsung semangat perpaduan lagi di dalam Barisan Nasional. Setiap bangsa ada kuasa untuk menafikan hak bangsa lain.Bumiputera sekali lagi cuba ditikan dari belakang oleh pemimpin yang mereka pilih.

Kita cukup bimbang sekiranya ekuti 30% milik bumiputera itu terhapus maka kaum bumiputeralah yang akan hilang hak mereka kepada kaum lain.Kita tahu dengan hilangnya hak bumiputera ini pasti ada bangsa lain yang akan memonopolinya.Yang untung hanya tauke-tauke besar sedang yang rugi tetap bumiputera dalam negara ini.

Saranan Tiong Lai dilihat tidak lebih sebagai usaha menteri itu untuk menghina bumiputera.Lebih malang lagi ianya jelas menunjukkan sifat tamak haloba pemimpin MCA.Baginya milik bumiputera perlu dirampas kemudian menjadi milik bangsa lain. Tiong Lai seolah-olah menjadikan bumiputera negara ini seperti red-indian di Amerika.Dihalau ke hutan pendalaman dan orang putuh menguasai segalanya.

Berbeza dengan perjuangan kami dalam keadilan, kami kelihatan lebih matang untuk membangunkan ekonomi seluruh rakyat.Kami tidak melihat usaha memusnahkan ekonomi mana-mana bangsa dalam negara sebagai tindakan bijak.Malah KeAdilan sentiasa menyarankan supaya bangsa yang ketingalan ekonominya diberi peluang luas supaya mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Keadilan tidak akan sesekali merestui usul sedemikian.JANGAN AMBIL HAK ORANG LAIN UNTUK DIJADIKAN MILIK SENDIRI ! Kalau MCA tidak mampu lagi memberi manafaat kepada rakyat berundurlah dari politik negara.Jangan simbah hati rakyat dengan perancangan yang memusnahkan negara.

Inilah sebenarnya perjuangan perkauman MCA selama ini.MCA tidak sudah-sudah mahu menimbulkan kemarahan bangsa lain.Kali ini seorang Naib Presiden dari komponen BN telah menunjukkan apa sebenarnya perjuangan mereka.Penyokong BN perlu menilai tragedi ini dengan sematang-matangnya.Sesungguhnya perjuangan parti yang berasaskan perkauman pasti akhirnya menemui jalan buntu.

Bangkitlah rakyat Malaysia.Masa tidak langsung menanti kita tetapi kitalah sebenarnya yang perlu mengisi masa itusupaya hak masing-masing pihak tidak disalah gunakan.Pilihlah jalan keluar dan jangan lagi tinggal dalam parti yang diasaskan dengan nilai-nilai ras. Sekarang adalah masa sesuai untuk rakyat melahirkan pendirian bahawa kita semuanya mempunyai kedaulatan masing-masing untuk dipertahankan tanpa menghina satu sama lain.

http://johorpkr.wordpress.com/

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: