Keputusan Kes Anwar: Hakim berani boloskan diri dari memihak kerajaan

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER (SK) –  Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memperolehi kemenangan pusingan pertama disamping kemenangan moral hasil ketegasan dan keberanian keputusan yang dibuat oleh Hakim S. Komathy Suppiah yang mengekalkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saiful Izham Ramli, kecenderungan pihak kehakiman kita sepatutnya memboloskan diri mereka dari norma-norma yang mana banyak keputusan di mahkamah banyak memihak kepada kerajaan.

“Saya harap ini bukan sesuatu yang mahu menutup banyak tanda tanya tentang keputusan yang dibuat oleh mahkamah tentang isu bebasnya Razak Baginda dari tuduhan kes Altantunya.  Juga, tentang perlantikan Zaki sebagai Ketua Hakim Negara yang mana banyak hubungannya dengan Umno”, kata Saiful Izham.

Semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan keputusan kes perbicaraan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim diteruskan di mahkamah yang sama, dan sijil pindah kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Beliau berharap agar keputusan ini bukannya sesuatu yang bersifat sementara hanya untuk menutup isu rakyat serta beberapa isu rakyat.

Setiausaha Agong Pas, Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi pula menuntut agar kes ini berjalan dengan cepat agar tidak membuang wang dan masa rakyat.

“Saya berharap Jabatan Peguam Negara tidak membuang masa dan wang untuk melenggah-lengahkan lagi kes Anwar dan menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah serta jangan bangkit isu-isu yang bersifat teknikal”, tambah Tambah Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

Pemimpin kanan DAP Ronnie Liu juga melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang telah diputuskan oleh hakim yang berani.

Menurut beliau, keputusan semalam pada digusari akan memihak kepada Peguam Negara, namun setelah keputusan dibuat, kami sambut dengan baik.

“Pada mulanya kita rasa bimbang dengan adanya kemungkinan campurtangan keputusan yang akan dibuat oleh orang-orang yang tertentu.  Keputusan itu sudah tentu mengembirakan kami (DAP)”, kata Ronnie yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu.

Hakim SM Komathy Suppiah turut menetapkan pusingan kedua (pendengaran kes) perbicaraan Anwar Ibrahim bermula 14 November nanti.

Peguambela semalam berhujah Mahkamah Sesyen bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan kes diteruskan tanpa gangguan dari Gani Patail yang kini disiasat.

Gani Patail dituduh menyalahgunakan kuasanya dengan meminda bahan bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu.

Dari afidavit dan keterangan di mahkamah, Abdul Gani dituduh mengarahkan doktor yang merawat Anwar Ibrahim memfailkan laporan palsu berhubung kesihatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang dipukul sehingga separuh mati oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Abdul Rahim Noor.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: