‘Tiada aral melintang’, Najib presiden Umno ketujuh

KL: Nampaknya laluan bagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadi Presiden Umno dan sekali gus perdana menteri baru Malaysia pada Mac depan tidak akan menghadapi sebarang halangan.

Ini adalah kerana Timbalan Presiden Umno itu semalam mendapat pencalonan ke-133 bagi jawatan presiden parti itu pada lewat petang semalam.

Pencalonan yang terakhir dari bahagian Umno Cameron Highlands – sekali gus memberikan beliau kemenangan tanpa bertanding, demikian menurut laporan laman berita Malaysiakini semalam.

Setakat ini, sebanyak 134 daripada 191 bahagian Umno telah selesai bermesyuarat, termasuk bahagian Umno Gua Musang yang mencalonkan ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyaingi Datuk Seri Najib bagi jawatan presiden parti tersebut.

Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam parti itu setelah sedar bahawa sokongan baginya semakin berkurangan.

Beliau berikrar untuk mengalihkan kuasanya dalam Umno kepada Datuk Najib apabila parti itu mengadakan perhimpunan agungnya pada 24 Mac hingga 28 Mac depan.

Sementara itu, Umno bahagian Cameron Highlands juga mencalonkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia itu kini memperolehi 27 pencalonan.

Bagi calon naib presiden Umno pula, bahagian tersebut mencalonkan Menteri Luar Malaysia, Datuk Rais Yatim, bersama Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Khaled Nordin.

Dengan ini, kedudukan pencalonan bagi merebut jawatan naib presiden Umno setakat ini ialah:

Datuk Hishammuddin Hussein sebanyak 107 pencalonan; Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (76); Datuk Shafie Apdal (54); Datuk Khaled Nordin (59); dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon-calon lain ialah:

Datuk Rais (15); Tan Sri Isa Samad (18); Datuk Jamaluddin Jarjis (15); Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10); Datuk Shahidan Kassim (enam); Datuk Mohamad Hassan (tiga); Datuk Musa Aman (dua); serta Datuk Mohd Ali Rustam, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mohd Afifuddin Omar, dan Datuk Halimah Sadique (masing-masing dengan satu pencalonan). / BHS

Sekaligus menutup peluang Tengku Razaleigh yang hanya mampu mendapat satu pencalonan dari bahagiannya sendiri

Sekaligus menutup peluang Tengku Razaleigh yang hanya mampu mendapat satu pencalonan dari bahagiannya sendiri

Dapat pencalonan ke-133 lewat petang semalam

Dapat pencalonan ke-133 lewat petang semalam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: