Raja Petra: Kit Siang kemuka usul tergempar

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mengemukakan usul tergempar meminta kabinet supaya menghalang Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar daripada membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan ISA.Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengisytiharkan bahawa Raja Petra di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 September.

Pada hari berikutnya, Syed Hamid dilaporkan berkata kementeriannya akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata walaupun kementeriannya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu, keputusan itu tetap dihormati.

Jelasnya, penahanan Raja Petra mengikut ISA merupakan langkah pencegahan sebelum tercetus konflik dan salah faham berasaskan agama akibat penulisan editor itu dalam laman web tersebut.

e6e662a171ce7835db06cdde1ba35c51

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: