Jika Obama rancang tutup Guantanamo, kenapa tidak Abdullah?

PARLIMEN, 13 NOVEMBER (SK) – ISTERI Kepada salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Norlaila Othman meminta agar Perdana Menteri Abdullah Badawi mencontohi bakal Presiden Amerika, Barack Obama yang bercita-cita mahu menutup kem Guantanamo.

Ketika sidang media di lobi Parlimen semalam Norlaila turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kerana suaminya masih ditahan dan sudah hampir lapan tahun.

“Jika Obama ingin menutup kem Guantanamo, Abdullah seharusnya juga menutup Kem Tahanan Kamunting (Kemta),” kata isteri kepada Mat Sah Mohd Satray itu.

Beliau berkata sedemikian selesa majlis penyerahan memorandum dan 50,000 poskad  kepada Perdana Menteri, menuntut agar ISA dimansuhkan.

Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat diserahkan secara simbolik kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon sebagai wakil yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi diserahkan kepada PM.

Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan Kemta, diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.

Dalam pada itu, ketika sidang media yang sama, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau dan pimpinan pakatan akan terus menerus menyampaikan mesej supaya Kemta ditutup.

“Kami akan terus menyampaikan mesej anti ISA kepada seluruh rakyat untuk menegaskan akta kejam ini serta kem tahanan tersebut  ditutup,” katanya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ketua Whip Pas Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Turut serta Ahli Parlimen Seputeh  Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Gantang  Roslan Shaharom.

Kesemua mereka turut menandatangani, satu poskad gergasi yang dibawa sebagai sokongan untuk membantah ISA.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: