Harga minyak jatuh AS$49.91 setong

SEORANG pekerja mengira wang di sebuah stesen minyak di Tirana semalam.

SEORANG pekerja mengira wang di sebuah stesen minyak di Tirana semalam.

LONDON – Harga minyak menjunam di bawah paras AS$50 setong (RM181.16) semalam ketika pasaran kewangan dibayangi ketidakyakinan terhadap ekonomi dunia dan peningkatan petunjuk bahawa permintaan untuk minyak semakin menurun.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh AS$3.71 (RM13.45) kepada AS$49.91 (RM180.85) setong menjelang akhir dagangan iaitu harga terendah sejak Januari 2007.

Di London, harga minyak mentah jenis Brent turut susut sebanyak AS$3.10 (RM11.23) kepada AS$48.62 (RM176.15) setong.

Ketika kelembapan ekonomi memusnahkan permintaan terhadap minyak, syarikat-syarikat minyak merancang untuk menyimpan stok berjuta-juta tong minyak mentah dengan harapan ekonomi dunia akan pulih.

Broker-broker perkapalan berkata, pedagang minyak AS, Koch dan Royal Dutch Shell menempah sejumlah kapal tangki gergasi berupaya menyimpan 10 juta tong minyak mentah, lebih banyak daripada pengeluaran harian oleh Arab Saudi.

Harga minyak jatuh kira-kira dua pertiga sejak mencatat rekod Julai lepas dengan didagangkan pada AS$147 (RM532.64) setong, sebahagiannya kesan keruntuhan kredit global yang menyebabkan para pelabur menarik balik wang mereka daripada aset-aset berisiko.

Kejatuhan harga minyak mencerminkan kelemahan pasaran ekuiti yang terus jatuh semalam apabila bursa-bursa Eropah menurun ke paras terendah sejak Mac 2003. – Reuters

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: