Bengkel Kereta Sape pulak yg kena serbu ngan BPR lpas ni…..

November 15, 2008

Sah ini lah punca isu HOi MB Perak menjadi sensasi

Satu topik yang aku seronok dengar masa Sidang DUN tadi ialah tentang kos penyelanggaraan kereta-kereta EXCO semasa era BN dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

….Setiausaha Kerajaan negeri AFD 11 RM72, 777.12
Penasihat Undang-undang AFD 22 RM45,517.40
Pegawai Kewangan Negeri AFD 33 RM83,045.50
Speaker AFD 999 RM63,324.16
Dato Yik Phooi Hong AFQ 183 RM6,587.47
Dato Ho Chang Weng AFD 66 RM105, 783.99
Dato Ramly Zahary AFD 858 RM48,461.71
Dato G. Rajoo AFD 77 RM86, 925.14
Dato Chang Ko Youn AFD 55 RM86, 005.94
Dato Radzi Manan AFD 88 RM64,655.26
Dato Tan Chin Meng AFD 333 RM102,884.63
Dato Mohd. Saarani AFF 99 RM66, 921.04
Dato Mohd. Zaim AFD 99 RM103,896.03
Kapt. Najmudin AFB 64 RM27,658.60
Dato Siti Salmah AFF 33 RM89,259.40
Dato Zamry AFF 88 RM25,808.89
Jumlah: RM1,079,512.07
Bekas Menteri Besar, Dato Tajol Rosli Mercedes Benz ML 320 AEH 9 RM90,733.07.
Tu tak termasuk sebuah lagi kereta Proton Perdana.Jumlah penyelanggaraan kereta Bekas Menteri Besar sahaja berjumlah RM222,343.26.
Jumlah keseluruhan…RM1,301,855.33
dipetik: perak express
Tu yang masing masing menjerit tu !!! Wakakakakakak

Kesinambungan Kisah Kg Baru Plentong Tengah kini bertiup di Pandamaran, Klang

November 15, 2008

EXCO SELANGOR MINYA KELUARGA ZAKARIA KOSONGKAN HALAMN DALAM MASA SEBULAN – melayau

SHAH ALAM 12 Nov. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini meminta keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Deros mengosongkan tanah seluas 2,269 meter persegi yang melibatkan halaman banglo di Pandamaran, Klang dalam tempoh sebulan.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah diarahkan untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah itu, halaman kediaman mereka yang kini dipagar, dalam tempoh yang ditetapkan dan kompaun akan dikeluarkan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan membawa kes ini ke mahkamah kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan, katanya kepada pemberita di sini selepas mesyuarat EXCO yang tamat pada pukul 7 malam.Katanya tapak banglo itu seluas 4,049 meter persegi sendiri tidak termasuk dalam arahan pengosongan tersebut tetapi denda RM19,373 telah dikenakan MPK terhadap Zakaria kerana pembinaan premis itu pada awal 2006 dilakukan tanpa kelulusan pelan bangunan pihak berkuasa tempatan..Mengikut rekod, Jawatankuasa Tanah Daerah pada 14 Dis tahun lepas telah menolak permohonan pemilikan tanah halaman itu dan membuat keputusan jika ada sebarang rayuan ia hendaklah dikemukakan kepada EXCO kerajaan negeri.

kah kah kah…. abang zak… oooo abang zak…. kah kah kah… kan jawatankuasa tanah daerah dah kata tak boleh…. kah kah kah….


Masih Mampukah aku menunggu lagi….

November 15, 2008

DS Anwar bila nak tukar kerajaan?

Aku antara letih menanti, tapi semangat masih ada.Maklumlah kalau nak harap kan UMNO terus memerintah, mampus …Bukan dia ambil berat pasal rakyat pun.Dari dulu cakap nya semua serupa. Maklumlah dari acuan yang sama.

Tapi kalau acuan sama dari dulu, hasilnya berkeladak. Bukannya sedap tapi bercampur dengan macam macam jenis bakteria dan sekarang UMNO melahirkan pemimpin yang nampak sedap tapi banyak rosaknya.Dari 16 September tu hari lagi, semangat kita bukan main hebat lagi. Kawan kawan dari Pakatan rakyat pun bukan main girang. Suruh turun padang, kita terjun turun. Suruh mengesot ke sungai, kitorang melompat ke sungai.

Begitu lah semangatnya rakyat.Tapi dari hari ke hari, semangat pemimpin semangat luntur. Nak cari penyokong yang kuat tapi semua dah kendur.Wahai Dato Seri,Kalau benar bagai di kata, mari kita runtuhkan kota.Kita bina satu kerajaan baruRakyat sudah tak sanggup menunggu.Bila lagi ? !!!!Ubah sebelum Najib ambil takhta. Rakyat tak sanggup berhadapan dengan 2 PM serentak ini untuk merosakkan lagi negara. Semua hina nya kita tahu, semua buruk nya pun kita dah tahu.

Nak tunggu negara rosak baru kita nak berjuang?Tak perlu tunggu kerana kita dah tak sabar !!

Zulkaria Ali


Jika Obama rancang tutup Guantanamo, kenapa tidak Abdullah?

November 15, 2008

PARLIMEN, 13 NOVEMBER (SK) – ISTERI Kepada salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Norlaila Othman meminta agar Perdana Menteri Abdullah Badawi mencontohi bakal Presiden Amerika, Barack Obama yang bercita-cita mahu menutup kem Guantanamo.

Ketika sidang media di lobi Parlimen semalam Norlaila turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kerana suaminya masih ditahan dan sudah hampir lapan tahun.

“Jika Obama ingin menutup kem Guantanamo, Abdullah seharusnya juga menutup Kem Tahanan Kamunting (Kemta),” kata isteri kepada Mat Sah Mohd Satray itu.

Beliau berkata sedemikian selesa majlis penyerahan memorandum dan 50,000 poskad  kepada Perdana Menteri, menuntut agar ISA dimansuhkan.

Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat diserahkan secara simbolik kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon sebagai wakil yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi diserahkan kepada PM.

Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan Kemta, diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.

Dalam pada itu, ketika sidang media yang sama, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau dan pimpinan pakatan akan terus menerus menyampaikan mesej supaya Kemta ditutup.

“Kami akan terus menyampaikan mesej anti ISA kepada seluruh rakyat untuk menegaskan akta kejam ini serta kem tahanan tersebut  ditutup,” katanya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ketua Whip Pas Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Turut serta Ahli Parlimen Seputeh  Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Gantang  Roslan Shaharom.

Kesemua mereka turut menandatangani, satu poskad gergasi yang dibawa sebagai sokongan untuk membantah ISA.


MP BN yakin Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang

November 15, 2008

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen  (MP) Barisan Nasional (BN) berkeyakinan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

MP BN kawasan Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak mustahil PR akan akan mentadbir Malaysia pada PRU 13 jika BN tidak mendengar suara golongan muda pada hari ini.

Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, PRU 12 jelas membuktikan pengundi muda memberi impak besar terhadap keputusan pilihanraya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Yusmadi Yusoff yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, pandangan yang diutarakan oleh Nazri itu merupakan suatu pandangan yang ikhlas dari seorang menteri yang cukup berpengalaman.

Yusmadi yang juga MP Balik Pulau, berkata, Nazri sebagai seorang menteri yang arif berkaitan kepimpinan sudah pastinya mengetahui realiti sebenar dalam negara ketika ini.

Menurut Yusmadi, golongan muda adalah sekumpulan manusia yang bersifat dinamik, keratif dan tangkas dalam memproses maklumat semasa khususnya isu-isu yang berkaitan kepentingan masyarkat dan negara.

Yusmadi yang juga seorang peguam memberi contoh bagaimana blog Anwar Ibrahim menerima kunjungan yang konsisten dari golongan muda.

Beliau yang baru dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi Masyarakat Madani turut menjelaskan Parti KeADILan sentiasa membuka peluang kepada setiap golongan muda untuk bergerak dalam KeADILan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.


Bersedia hadapi tindakan “Bacul” Pendakwaraya kes Liwat DSA

November 14, 2008

Pendakwaraya Fail Rayuan Pindah Mahkamah

anwarsaifulKUALA LUMPUR [1.34pm] – Pihak pendakwaraya hari ini menfailkan notis rayuan supaya keputusan tidak membenarkan kes fitnah Saiful Bukhari ke atas Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dipindah ke Mahkamah Tinggi, dibatalkan. Menurut peguam yang mewakili Ketua Pembangkang itu, Sankara Nair, notis rayuan kehakiman itu akan didengar pada 20 November depan. Pada 7 November lalu, Mahkamah Seksyen Jalan Duta melalui Hakim SM Komathy telah membuat keputusan yang kes berkenaan dikekalkan di mahkamah tersebut. Alasannya, surat yang ditandatangani oleh Peguam Negara Abdul Ghani Patail berkenaan arahan perpindahan tersebut, tidak sah kerana beliau tidak boleh terlibat dalam kes yang melibatkan Anwar.

Nampaknya, pihak terbabit masih tidak berpuas hati dengan kemenangan Anwar dalam kes pindah mahkamah tempohari. Ini kerana mereka tahu dan menyiasat latar belakang Hakim SM Komathy yang terkenal dengan ketegasan, keadilan dan ketelusan dalam memutuskan sesuatu kes. Adalah difahamkan, beliau pernah bertugas di Kuantan dan keluarganya juga adalah dari kawasan ini. Kami pasti, jika kes Anwar diadili dengan adil dan telus sudah pasti Anwar akan menang pula nanti. Keputusan jelas akan memihak kepadanya. Lantaran itulah, atas dasar takut dan gentar dengan senario ini, ditambah lagi dengan arahan pihak atasan maka pihak Pendakwaraya seboleh-bolehnya mahu merayu kes Anwar dipindahkan juga. Walhal mereka tahu sijil perpindahan itu memang jelas tidak sah, kerana ditandatangi oleh Peguam Negara Ghani Patail. Kita tunggu dan lihat, apakah yang akan dilakukan nanti


Re: Bila Angkasawan berdiam diri, Angsa-angsa pun mula berbunyi

November 14, 2008
KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan dakwaan sebuah akhbar bahawa angkasawan negara itu mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta melalui siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas. Abangnya, Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, sejak setahun lepas, angkasawan negara itu bertungkus lumus bergegas ke sana ke mari semata-mata untuk berkongsi pengalamannya ketika di angkasa lepas dengan generasi muda dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar.
“Kami tidak minta apa-apa kredit diberikan untuknya, tetapi sedih apabila beliau dituduh sebegini rupa,” katanya. Beliau menyifatkan perkara itu sebagai “satu tragedi yang amat besar” kerana disiarkan akhbar parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam. “Di sini saya nampak mereka langsung tidak menghargai perjuangan kita ke angkasa lepas sedangkan negara Islam lain turut berbangga dengan pencapaian beliau (Dr Sheikh Muszaphar),” katanya.Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, dakwaan yang menyatakan adiknya menerima bayaran sebanyak RM8,000 sejam untuk satu ceramah adalah tidak benar sama sekali.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ramai yang menjadi orang tengah atau pihak ketiga dalam usaha mendapatkan angkasawan negara itu untuk memberikan ceramah atau motivasi. “Jika untuk sekolah, mereka akan datang terus kepada saya atau abang saya yang lain, dan di sini jelas tidak ada wang, tetapi bila melalui badan bukan kerajaan dan sektor swasta, terdapat banyak orang tengah yang mungkin memanipulasi keadaan dan di sini, wujud perkaraperkara yang tidak telus, yang seterusnya membolehkan wujud tuduhantuduhan seperti ini,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar milik pembangkang yang mendakwa Dr Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.Menurut laporan akhbar berkenaan, angkasawan itu telah menjana pendapatan sebanyak RM1.2 juta secara purata daripada 150 badan korporat sejak kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISs) pada Oktober 2007. Kelmarin, angkasawan itu menafikan beliau menetapkan bayaran untuk siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata kedua-dua angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz Khaleed mempunyai kontrak dengan kementerian sehingga 31 Disember ini yang secara spesifiknya menyatakan bahawa mereka tidak boleh mengenakan bayaran bagi ceramah atau program motivasi. Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, memang beliau berhasrat menjawab laporan yang dikeluarkan akhbar berkenaan berhubung adiknya, tetapi beliau dinasihat supaya melupakan hasratnya kerana tindakan itu hanya membuang masa.
Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar juga banyak mendapat undangan daripada pelbagai pihak, tetapi angkasawan negara itu amat berhatihati memilih mana yang ingin dihadirinya kerana tidak mahu dikenali sebagai penghibur, sebaliknya ingin dikenali sebagai seorang pendidik. Sementara itu, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor menafikan orang ramai atau mereka yang menghadiri ceramah anaknya dipaksa membeli buku berjudul “My Journey To Space” yang mengandungi catatan pengalaman angkasawan negara itu ketika menjalani latihan serta berada di ISS. “Saya berharap agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertahankan anak saya memandangkan beliau boleh dianggap sebagai ‘a son of negara’,” katanya
[Terkadang lucu juga kita melihat gelagat Angkasawan negara yang kononnya telah mengharumkan negara itu. Berpuluh juta wang dibazirkan hanya untuk mencari nama diangkasa. Jika betul-betul naik ke bulan dan berjalan di permukaan bulan itu mungkin boleh diterima oleh kita. Tapi bazirkan wang rakyat hanya untuk mencari formula mengarut yang dibuat oleh Syeikh Muzaffar ternyata sesuatu yang amat membengongkan kita. Tambahan pula, kita sendiri pelik, apakah hasil kajian yang paling bermakna buat negara?. Setakat balik dari angkasa lepas kemudian beri ceramah dengan mengenakan caj yang tinggi, sesiapa pun boleh pergi jika ditanggung oleh negara. Apakah untungnya kepada rakyat?. Sesungguhnya, inilah projek Jamaluddin Jarjis yang paling membazir di dunia. Lebih elok wang jutaan ringgit itu disalurkan kepada rakyat termiskin untuk membasmi mereka dari berada di tahap kemiskinan tegar, namun semua ini diabaikan. Mereka lebih berbangga untuk mencipta nama diangkasa sebaliknya “habuk pun tak ada” yang dibawa untuk rakyat